Anda di sini

Suntikan dana RM5 juta setiap tahun, bangunkan seni dan budaya 

Advertisement
 Abang Johari (dua kanan) menyerahkan SPIKS di bawah pelaksanaan SEDC berjumlah lebih RM23 juta kepada Ismandi Rambli yang mewakili 278 peserta, sambil disaksikan Abdul Karim (kiri sekali) dan yang lain.
 Abang Johari (dua kanan) menyerahkan SPIKS di bawah pelaksanaan SEDC berjumlah lebih RM23 juta kepada Ismandi Rambli yang mewakili 278 peserta, sambil disaksikan Abdul Karim (kiri sekali) dan yang lain.

MIRI: Kerajaan Negeri Sarawak akan memperuntukan RM5 juta setiap tahun bagi meransang dan membangunkan bidang kesenian dan kebudayaan di kalangan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu dengan suntikan dana RM5 juta yang akan diagih setiap tahun itu, beliau berharap bakat-bakat muda di negeri ini dapat diasah dan diketengahkan hingga ke peringkat tertinggi.

Beliau pada masa yang sama beliau mahu dana ini kelak dimanfaatkan sebaiknya untuk menghasilkan filem-filem pendek berasaskan budaya negeri Sarawak yang melibatkan bakat-bakat muda tempatan. 

"Kita sudah ada saluran televisyen kita sendiri, dan melaluinya kita boleh menayangkan filem-filem pendek kita ke seluruh negara, malah ke seluruh dunia kerana saluran televisyen kita dipancarkan menggunakan satelit," katanya. 

Abang Johari memberitahu demikian semasa berucap di majlis makan malam anjuran SABERKAS, sempena Mesyuarat Tiga Tahun Sekali Ke-16 yang berlangsung di sini hari ini. 

"Dalam bidang nyanyian, kita ada Dayang Nurfaizah, dalam lakonan pula kita ada Henry Golding, yang (ibunya) berasal dari Betong dan seorang lagi anak seni kita dari Sibu, yang kini aktif dalam industri perfilemen di Hong Kong," ujar beliau. 

Malah katanya, Sarawak turut melahirkan wanita cantik yang turut dinobatkan sebagai Miss World Malaysia (Ratu Cantik Dunia pada 2018) iaitu Larissa Ping, dan terkini, Francisca Luhong yang memenangi Miss Universe Malaysia 2020 dan sebelum itu, Dewi Liana Seriestha memenangi Miss World Malaysia 2014, yang turut mememangi kategori bakat pada pertandingan peringkat dunia. 

Ini katanya, membuktikan Sarawak tidak pernah kekurangan bakat-bakat seni dan budayanya. 

Sehubungan itu Abang Johari yang mengucapkan tahniah kepada presiden SABERKAS, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di atas pemilihan dan perlantikan semula beliau sebagai peneraju pertubuhan itu, turut melahirkan keyakinan beliau bahawa SABERKAS berada di 'tangan' orang yang betul yang boleh memajukan dan membawa hala tuju belia di negeri ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan. 

Di majlis yang sama Abang Johari turut menyampaikan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) sebanyak RM11,931,000 juta kepada 336 penerima di bawah perlaksanaan Bank Agro serta RM2,535,000 juta lagi di bawah perlaksanaan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk 93 penerima dan Skim Pinjamam Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), juga di bawah SEDC sebanyak RM23,359,000 juta kepada 278 penerima. 

Beliau turut menyerahkan dana untuk Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) dan Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) sebanyak RM3,197,000 yang melibatkan 188 peserta dan Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) sebanyak RM23,089,000 yang melibatkan 6,050 orang peserta dari golongan belia di seluruh negeri. 

  • oleh
  • Advertisement