Anda di sini

Nancy sifatkan cuaca sejuk Ba’ Kelalan umpama berada di New Zealand

Advertisement
 Nancy (dua kanan) melihat pembungkusan garam bukit Ba’ Kelalan. — Gambar FB Nancy Shukri
PENUH MINAT: Nancy (dua kanan) melihat pembungkusan garam bukit Ba’ Kelalan. — Gambar FB Nancy Shukri

BA’ KELALAN: Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri menyifatkan iklim sejuk di tanah tinggi Ba’ Kelalan sama seperti berada di New Zealand.

Dalam perkongsian terbaharu di laman sosial Facebooknya semalam, beliau turut memuat naik pengalaman manis sehari berada di Ba’ Kelalan sambil menikmati pemandangan dan keindahan serta cuaca sejuk di tanah tinggi itu.

“Iklim dingin menjadikan Ba’ Kelalan sesuai untuk penanaman buah-buahan oren, avocado, strawberi dan markisa seperti ladang-ladang di New Zealand.

“Ba’ Kelalan juga terkenal dengan pengeluar beras aden dan garam bukit berasal dari mata air kawasan tersebut setanding dengan garam Himalaya,” tulis Nancy.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, pengunjung tidak  perlu ke luar negara untuk dapatkan makanan tersebut.

“Melancong sahaja ke dalam negara dan rancakkan pelancongan domestik. Banyak lagi yang saya hendak ceritakan tetapi panjang sangat nanti.

“Saya kongsikan gambar-gambar perjalanan Siri Jelajah Semarak Promosi Pelancongan Domestok di Ba’ Kelalan untuk tatapan anda semua,” katanya.

Pada program itu, Nancy turut mengadakan lawatan ke Owl House Homestay, menghadiri program menanam padi di tapak penanaman padi, lawatan ke Punang Kelalan Salt Spring, SK Ba’ Kelalan dan pameran kraf tangan/arkib di Kampung Buduk Nur, Ba’ Kelalan.

Advertisement