Anda di sini

Pelabuhan Bintulu pelabuhan pertama diiktiraf ARC

Advertisement
MEDAN
MEDAN

BINTULU: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) meraih Anugerah Perak Laporan Tahunan Bersepadu 2019 Pertandingan Laporan Tahunan Antarabangsa Ke-34 (ARC Awards) di New York sekali gus pelabuhan Malaysia pertama mendapat anugerah tersebut.

Laporan dengan slogan ‘Realisasi Potensi Lebih Besar’ membawa kejayaan apabila Pelabuhan Bintulu meraih Anugerah Perak dalam sub kategori Pengurusan Pelabuhan di bawah kategori Laporan Tahunan Tradisional.

Dengan kejayaan itu, Pelabuhan Bintulu adalah pelabuhan pertama di Malaysia diiktiraf oleh Anugerah ARC.

Ia juga menandakan penghargaan pertama kumpulan(BPHB) dalam laporan tahunannya.

Sejarah lebih 30 tahun ke belakang, Anugerah ARC diiktiraf di seluruh dunia sebagai pertandingan laporan tahunan utama, menyediakan landasan laporan meluas dinilai keberhasilannya menyampaikan kisah perjalanan syarikat tanpa berdasarkan prestasi syarikat tetapi berdasarkan nilai kreativiti,  kejelasan, keberkesanan dan kecemerlangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Datuk Mohd Medan Abdullah berkata laporan itu menandakan permulaan memasuki laporan bersepadu yang merupakan langkah secara sedar meningkatkan amalan pelaporan korporat kumpulan dan menjadikan perniagaan  lebih jelas tertumpu kepada pemegang berkepentingan dan pelabur.

“Saya gembira dapat mengetahui kami dikenali segera melalui penghargaan ini atas usaha dan keinginan kami lebih fokus kepada pelabur,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, walaupun menghargai penghormatan itu namun akan menggandakan usaha sendiri memastikan kisah penciptaan nilai ini terus dinyatakan dengan jelas dan tanpa bertentangan dengan amalan tadbir urus dan pengurusan risiko cemerlang.

“Kami tetap komited melalui perjalanan ini sementara kami membina jenama lebih baik mencapai visi kami menjadi operator pelabuhan berkelas dunia,” jelasnya.

BPHB syarikat pemegang pelaburan disenaraikan secara terbuka.

Anak-anak syarikatnya terdiri daripada Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) dan Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) terlibat penyediaan perkhidmatan pelabuhan merangkumi perkhidmatan marin (penarik, jurutambat), pengendalian dan penyimpanan kargo, penyimpanan barang dan perkhidmatan asas bekalan.

Anak syarikat lain ialah Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) yang mengkhusus dalam penyediaan perkhidmatan pemasangan pukal.

Kumpulan berkenaan mempunyai lebih 1,500 kakitangan di Sarawak dan Pelabuhan Bintulu merupakan pintu masuk eksport utama minyak sawit dan gas asli cecair (LNG) untuk Malaysia.

Kumpulan BPHB juga mengendalikan terminal kontena terbesar di Malaysia Timur.

Anugerah ARC antarabangsa adalah pertandingan laporan tahunan dinanti-nantikan dan dianjurkan oleh MerComm dengan berpegang kepada keadilan, kebebasan dan keterbukaan.

Peserta daripada organisasi besar dan kecil dinilai sama tanpa melihat kepada peruntukannya serta penilaian bebas yang tidak menerima pengiklanan atau penajaan.

Pertandingan diadakan setiap tahun menarik penyertaan kedua-dua organisasi milik awam dan swasta, agensi kerajaan, persatuan dan organisasi tidak berasaskan keuntungan.

Advertisement