Anda di sini

Hindari kontak secara langsung dengan Pala'u

Advertisement
NASRI
NASRI

LAHAD DATU: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang kontak secara langsung dengan Pala'u berikutan satu kes positif COVID-19 dari kalangan mereka.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sehingga kini terdapat dua orang dari kalangan Pala'u telah didapati positif dan dikhuatiri menjangkiti lebih ramai.

Katanya, pihaknya akan melakukan kawalan dan sekatan terhadap aktiviti Pala'u dengan menghalang aktiviti mereka keluar ke kawasan bandar.

"Saya mohon bantuan orang ramai, jangan memberi sebarang hadiah, ganjaran atau wang tunai terhadap kominiti ini yang banyak meminta sedekah di kawasan lampu isyarat dan tepi jalan raya sekitar daerah ini.

"Ia bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga mengurangkan risiko jangkitan COVID-19," katanya.

Tinjauan di lokasi tumpuan mendapati tiada kelibat Pala'u di beberapa kawasan lampu trafik yang kebiasaannya menjadi tempat mereka meminta sedekah sekitar jam 2 hingga 4 petang semalam.

  • oleh
  • Advertisement