Anda di sini

Rakyat jangan mudah tertipu: Juhari

Advertisement
 Juhari berucap pada majlis perjumpaan berkenaan.
JENTERA BN: Juhari berucap pada majlis perjumpaan berkenaan.

KINABATANGAN: Rakyat jangan keliru dengan kempen calon Bebas yang menggunakan bendera Perikatan Nasional (PN) bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.  

Calon BN DUN Kuamut Dato’ Juhari Janan berkata PN tidak menaja mana-mana calon bebas untuk menentang calon BN.

“Kita dalam BN pun sentiasa bekerjasama dan membantu mana-mana calon PN yang bertanding.

“Begitu juga PN bekerjasama dengan kita berkempen untuk bersama memberi kemenangan calon-calon BN dan PN,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan khas bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahadir Khalid di Pusat Operasi DUN Kuamut di Pekan Telupid, pagi kelmarin.

Beliau berkata calon bebas menggunakan bendera PN untuk berkempen adalah untuk mengelirukan pengundi.

“Tiada persamaan dengan calon BN yang bertanding di mana PN sentiasa bekerjasama dengan kita,” katanya.

Juhari minta pengundi terutamanya di DUN Kuamut ini agar tidak terkeliru dengan kempen calon Bebas menggunakan bendera PN yang hanya untuk meraih undi.

 Dalam pada itu, beliau berkata rekod kecemerlangan BN dalam menyediakan pembangunan dan membela rakyat sebelum ini telah memberi impak positif kepada calon BN.

Katanya, sambutan rakyat terhadap BN amat baik di mana mereka amat menyokong BN berdasarkan rekod cemerlang BN membangunkan kawasan ini.

“Rakyat kawasan ini tidak lagi mahu tertipu oleh pihak tertentu kerana BN sahaja yang memperjuangan rakyat dan rekod memimpin negara,” katanya.
 
Beliau berkata rakyat telah merasa pemerintahan BN jauh lebih baik berbanding kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).
 
Ditanya mengenai kempennya, Juhari melaksanakan kempen mengikut Tatacara Pengendalian Piawai (SOP)  yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

 “Setakat kempen yang masuk hari ketujuh, saya turut mengadakan kempen rumah ke rumah bagi bertemui rakyat. Ada kita temui warga emas kurang sihat dan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Beliau mendengar sendiri luahan hati rakyat yang mana menyifatkan kerajaan negeri sebelum ini tidak melakukan apa-apa pembangunan dan pembelaan kepada rakyat.

“Rakyat telah menilai sendiri selepas merasai pemerintahan kerajaan negeri sebelum ini dan mereka inginkan semula BN memerintah negeri ini,” katanya.

 

  • oleh
  • Advertisement