Anda di sini

Sambutan Hari Malaysia tahun ini penuh makna bagi Malaysia

Advertisement
Mas Shamshuddin menyerahkan MyKad yang telah siap diperbaharui kepada Malaysia Andut sambil disaksikan Tuai Rumah Nyanyi (belakang, kanan) dalam operasi Mobile Ehsan JPN Sri Aman.
Mas Shamshuddin menyerahkan MyKad yang siap diperbaharui kepada Malaysia sambil disaksikan Tuai Rumah Nyanyi (belakang, kanan) dalam operasi Mobile Ehsan JPN Sri Aman.

KUCHING: Hari Malaysia tahun ini memberi makna cukup besar kepada Malaysia Andut dari Rumah Nyanyi, Gran C di Sri Aman selepas memperbaharui kad pengenalannya yang rosak.

Malaysia, seusia dengan pembentukan Malaysia apabila dilahirkan pada 16 September 1963, diberi nama sempena pembentukan berkenaan, akhirnya hari ini dapat memperbaharui MyKad atau kad pengenalannya itu menerusi Unit MEKAR Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sri Aman.

Beliau yang kini dalam keadaan uzur dan mengalami kesukaran untuk bergerak telah memohon bantuan JPN Sri Aman bagi urusan gantian MyKadnya yang telah rosak.

Sehubungan itu sepasukan Unit MEKAR JPN Sri Aman yang diketuai Siti Razwin Almin dan tiga kakitangan JPN telah menjalankan satu operasi pendaftaran bagi gantian MyKad kepada Malaysia.

"Beliau (Malaysia) amat terharu dan gembira kerana Unit MEKAR JPN Sri Aman kerana sanggup datang dan membantu membuat gantian Mykad kerana kesukaran bergerak yang menjadi kekangan kepadanya dirinya datang ke pejabat JPN," kata Razwin.

Selain itu pendaftaran Mobile Ehsan JPN Sri Aman pada masa yang sama turut membantu menggantikan MyKad yang hilang kepada Nawai Tuah dari Taman Tiara, Jalan Brayun Sri Aman pada hari yang sama.

Nawai seorang warga emas dan juga mengalami kesukaran untuk bergerak, telah mendapat bantuan mendapatkan semula MyKad beliau menerusi operasi pendaftaran terbabit.

Susulan daripada itu, Pegawai Pendaftaran Bahagian JPN Sri Aman, Mas Shamshuddin Mohammad telah harid bagi menyerahkan secara simbolik MyKad yang telah siap kepada Malaysia dan Nawai.

Katanya beliau merasa teruja kerana dapat menyerahkan MyKad kepada Malaysia Andut yang lahir pada hari bersejarah bagi negara selain namanya yang unik.

"Menerusi Unit MEKAR, ia sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat setempat dalam menyelesaikan permasalahan mereka terutama sekali golongan memerlukan seperti warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta mereka yang uzuru dalam urusan berkaitan dengan dokumen pengenalan diri," katanya.

"Selaras dengan slogan Jabatan Pendaftaran Negara iaitu “Rakyat Di Hati JPN”, JPN Sri Aman sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan Unit MEKAR di kawasan Sri Aman, sila berhubung dengan JPN Bahagian Sri Aman di talian 083-325095.


Mas Shamshuddin menyerahkan MyKad yang telah siap diperbaharui kepada Malaysia Andut sambil disaksikan Tuai Rumah Nyanyi (belakang, kanan) dalam operasi Mobile Ehsan JPN Sri Aman.

  • oleh
  • Advertisement