Anda di sini

USNO tanding 44 kawasan DUN, Pandikar Amin di Pintasan

Advertisement
AHMAD
AHMAD

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pimpinan Ketua Umum Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, mantan Speaker Parlimen Malaysia dijangka bertanding di 44 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) ke-16 pada 26 September ini.

Seramai 44 bakal calon sudah menerima watikah pencalonan daripada USNO yang disampaikan Pengarah Gerakan Piihan Raya USNO Datu Nani Sakam dalam satu majlis ringkas di ibu negeri pada Khamis.

Selain Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang bakal bertanding di N.08 Pintasan, salah satu daripada 13 kawasan yang baharu diwujudkan dalam PRN kali ini, USNO juga menampilkan beberapa nama yang berpotensi untuk menang di kawasan DUN yang mereka tandingi.

Antaranya ialah mantan Pengarah Kastam Negeri Sabah Datuk Hamzah Haji Sundang yang akan bertanding di N.09 Tempasuk, mantan Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 Negeri Sabah ACP Ahmad Haji Kenajaan yang juga mantan guru bertanding di N66 Bugaya, mantan Pengarah Kebudayaan Negeri Sarawak Laliman Kemad @ Haji Ahmad di N17 Darau, mantan Peguam Kanan Negeri Sabah Mohd Salleh Lamsin, yang juga mantan Pengarah Syarikat Sitt Tatt di N24 Tanjung Keramat, mantan Pegawai Pendidikan Md Tajuddin Sadi di N37Keranaan dan mantan Presiden Kesatuan Guru Kebangsaan Sabah (KGKS) Mohd Yussof Mattaim di N33 Kuala Penyu.

SYAFFIC
SYAFFIC

USNO juga menampilkan aktivis NGO Sharif Suhaimi Sharif Miasin, lulusan Usuluddin dari di Universiti Al Azhar Mesir dan kini Yang Dipertua ABIM Beluran di N48 Labuk, dan mantan pemberita Mohd Khairy Abdullah di N44 Tulid.

Presiden USNO Ibrahim Linggam bertanding di N16 Karambunai, mantan Setiausaha Agung USNO Matbee Ismail bertanding di N13 Pantai Dalit, Ketua Bahagian USNO Sipitang Haji Ali Dad Fazal Elahi di N34 Lumadan, dan Manshur OKK Mohd Yassin di N35 Sindumin.

Selain itu, USNO juga menampilkan peguam Jivol @ Edmund Doudilim di N23 Petagas, bekas pegawai tentera PWII (B) Hassan Ibrahim di N73 Sebatik, aktivis masyarakat Azahari Amit, tokoh sastera budaya Sabah Awang Karim Kadir di N04 Tanjung Kapur, aktivis orang asal tanah adat Rainus Sagulau di N43 Kemabong dan beberapa nama lain.

USNO juga menampilkan calon-calon wanita, antaranya Jainim Jaris @ Susanna Jainim di N27 Limbahau, Khairiah @ Siti Khairiah S Mohd di N56 Tanjung Papat, Jikamisah Abdul Salam di N61 Segama, Hafeezatul Halimah Mohamad di N72 Merotai dan Rachel Singh Chal di N54 Karamunting.

Bagaimanapun, senarai calon USNO kemungkinan bertambah kerana masih ramai calon yang cuba mendekati USNO di saat saat akhir.

  • oleh
  • Advertisement