Anda di sini

Jakarta laksana semula sebahagian sekatan pergerakan seawal Isnin ini

Advertisement
 Gambar diambil kelmarin menunjukkan kakitangan hospital menguruskan jenazah pesakit COVID-19 di wad pengasingan di hospital besar Bogor, Jawa Barat. Ibu negara Indonesia, Jakarta, merancang untuk melaksanakan semula sebahagian sekatan pergerakan seawal Isnin ini selepas kes COVID-19 dilaporkan melonjak. — Gambar AFP
URUSAN TERAKHIR: Gambar diambil kelmarin menunjukkan kakitangan hospital menguruskan jenazah pesakit COVID-19 di wad pengasingan di hospital besar Bogor, Jawa Barat. Ibu negara Indonesia, Jakarta, merancang untuk melaksanakan semula sebahagian sekatan pergerakan seawal Isnin ini selepas kes COVID-19 dilaporkan melonjak. — Gambar AFP

JAKARTA: Ibu negara Indonesia, Jakarta, merancang untuk melaksanakan semula sebahagian sekatan pergerakan seawal Isnin ini berhubung kebimbangan bahawa kes COVID-19 yang melonjak dapat “meruntuhkan” hospitalnya yang menerima tekanan, kata gabenor bandar raya yang besar itu.

Kota mega dengan kira-kira 30 juta penduduk itu akan menyaksikan banyak bangunan pejabat dan masjid besar ditutup selain restoran dan pusat hiburan, manakala waktu operasi pengangkutan awam juga akan dihad-         kan.

Pengumuman itu dibuat tiga bulan selepas sekatan pergerakan sebelum ini ditarik balik, seterusnya menyebabkan kadar jang-kitan melonjak.

“Pentadbiran Jakarta memutuskan untuk menarik brek kecemasan dan kembali kepada sekatan berskala besar,” kata Gabenor Anies Baswedan lewat kelmarin.

Tanpa langkah baharu untuk membendung kes virus, hospital di ibu negara mungkin akan sesak seawal minggu depan, katanya.

“Selepas itu, kemudahan kesihatan di Jakarta akan runtuh”, tambahnya.

Indeks saham komposit di Indonesia menjunam lebih empat peratus seketika semalam selepas pengumuman itu dibuat.

Sehingga kelmarin Jakarta merekodkan hampir 50,000 kes yang disahkan – kira-kira sesuku daripada jumlah kese-luruhan di negara itu – selain lebih 1,300 kematian.

Tetapi dengan beberapa kadar saringan terendah di dunia, penularan penyakit itu dipercayai jauh lebih serius berbanding apa yang dibayangkan oleh perangkaan rasmi. — AFP

Advertisement