Anda di sini

Calon BN DUN Sekong, Hazulizah fokus pendidikan, kebajikan rakyat  

Advertisement
 

SANDAKAN: Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Hazulizah Mohd Dani memberi fokus kepada pendidikan dan kebajikan rakyat di kawasan itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah berkata sebelum ini dalam program Puteri Umno yang dilaksanakan di Batu Sapi memberi tumpuan kepada pendidikan selain mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sebab dari pendidikan, anak-anak di Parlimen Batu Sapi khususnya dalam DUN Sekong boleh mengubah dan membentuk masa depan mereka,” katanya.

__alt__

Hazulizah sehingga kini masih bergiat aktif dalam program kemasyarakatan di kawasan Batu Sapi dan Sandakan.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi sejak 2013 ini yakin rakyat boleh membuat pilihan bijak dengan perbandingan semasa BN memerintah dan selepas Parti Warisan Sabah dari corak pentadbiran.

Hazulizah melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan memilihnya sebagai calon dan akan berusaha memastikan kemenangan BN bagi kerusi itu.

“Pencalonan saya juga adalah satu pengiktirafan kepada Puteri UMNO Sabah selepas Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada 16 tahun lepas. 

"Ini adalah kali kedua bagi Pergerakan Puteri UMNO Sabah dicalonkan semula sebagai calon pilihan raya di negeri ini,” katanya.  

Beliau merupakan anak jati Batu Sapi yang memegang Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Sejarah Universiti Malaysia Sabah dan pernah berkhidmat sebagai pegawai JASA di kawasan DUN N.43 Sekong selama 10 tahun sebelum JASA dibubarkan atau ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Hazulizah pernah menjadi guru ganti di SK Gas Sandakan tahun 2007 dan Pembantu Perangkaan tahun 2008 bagi Banci Penduduk Sandakan.

Beliau juga merupakan Pengerusi Koperasi Azka Berhad Sandakan (Koperasi Belia Wanita) dan pernah dianugerahkan pingat Bintang Setia Kinabalu (BSK) dari Kerajaan Negeri Sabah.

  • oleh
  • Advertisement