Anda di sini

Kemenangan lebih penting: Hajiji

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu melihat bahawa perjuangan dan kemenangan adalah lebih besar untuk diutamakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Ketua Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Haiji Noor berharap, tidak ada lagi perkara-perkara yang boleh menjejaskan perpaduan dan perjuangan BN dan PN menghadapi PRN Sabah.

"Kita mesti melihat bahawa perjuangan dan kemenangan itu lebih besar kerana kita mahu negeri Sabah ini terutama kerajaan yang akan kita bentuk mestilah sehaluan dengan kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini.

"Kita mesti gunakan kesempatan dan peluang keemasan ini. Jangan kita salah lagi. Jangan kita salah ubah lagi. Sekarang ini dengan perpaduan BN dan PN, kita ubah balik kerajaan negeri Sabah yang ada ini. Cukuplah," katanya.

 Hajiji (tengah) dan Bung (dua kiri) semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN dan BERSATU di Kota Kinabalu.
PERPADUAN: Hajiji (tengah) dan Bung (dua kiri) semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN dan BERSATU di Kota Kinabalu.

Hajiji berkata demikian semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin BN dan BERSATU di sini semalam.

"Kita mahu Sabah membangun bersama-sama Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Sabah ini juga akan maju terus ke depan bersama-sama negeri-negeri yang lain di dalam Persekutuan Malaysia.

"Inilah peluang keemasan, supaya kita ambil peluang ini, kita bersatu hati UMNO BN dan juga PN BERSATU sama-sama menggemblengkan tenaga dan sokongan. Di mana sahaja calon-calon BN dan PN, kita mesti sokong sehabis mungkin untuk kita mencapai kemenangan pada 26 September ini.

"Bagi saya, yang paling penting ialah kesatuan dan perpaduan kita. Dalam saat kita menentukan masa depan negeri Sabah, kita lupakan apa yang berlaku selama ini. Janganlah kita salah menyalah di antara satu sama lain. Kita adalah dari spesies yang sama," katanya.

Turut bersama dalam majlis itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radinm Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha Agung BERSATU dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan.

  • oleh
  • Advertisement