Anda di sini

Kumpulan Yayasan Sabah fokus pembangunan pendidikan di Sabah

Advertisement
 Jamalul (tiga kiri) menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada salah seorang pelajar SMK Kota Klias, Beaufort. Turut kelihatan Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort Haji Harith Idris (dua kiri).
BIASISWA: Jamalul (tiga kiri) menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada salah seorang pelajar SMK Kota Klias, Beaufort. Turut kelihatan Pengetua SMK Kota Klias, Beaufort Haji Harith Idris (dua kiri).

BEAUFORT: Kumpulan Yayasan Sabah akan terus fokus dalam membangunkan aspek pendidikan di kawasan luar bandar seiring dengan peranannya dalam membantu dan menokok tambah usaha kerajaan dalam mempertingkatkan bidang pendidikan di negeri ini.

Sehubungan itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Haji Mohd. Zakaria menyampaikan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah (BMYS) kepada pelajar di SMK Kota Klias, di sini semalam.

Majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan turut menyaksikan Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada para pelajar.

Jamalul dalam ucapannya berkata, BMYS bertujuan meningkatkan tahap pendidikan pelajar luar bandar dan pada masa yang sama, meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.

"Dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berwibawa, program BMYS bertujuan mendorong pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Anak muda kita terutamanya para pelajar ialah modal insan yang akan mewarisi negeri ini," katanya.

Advertisement