Anda di sini

Klinik Medisinar, Mabello bantu atlet Para SUKMA PESRON

Advertisement
 Tan menerima tajaan perubatan daripada Dr Anil (tengah).
TAJAAN: Tan menerima tajaan perubatan daripada Dr Anil (tengah).

KOTA KINABALU: Persatuan Sukan & Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON) Sabah terus dapat tajaan perkhidmatan perubatan asas percuma untuk daripada Kumpulan Klinik dan Surgeri Medisinar dengan kerja sama Kumpulan Klinik Mabello.

Selain memberikan kad perubatan untuk perkhidmata perubatan percuma, kali ini, Kumpulan Klinik itu malahan telah menyumbangkan 30 botol multivitamin dan 300 tiub minyak otot kejang.

Pengerusi PESRON, Tan Hwa Koon berkata, tajaan dan sumbangan itu adalah untuk atletnya yang sedang dalam persiapan menghadapi Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor pada April 2021.

Majlis penyerahan tajaan itu diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PESRON di sini pada 6 September lalu.

Tajaan itu disampaikan Pengarah Urusan, Dr Anil Kumar bagi pihak kedua-dua Kumpulan Klinik berkenaan kepada Tan.

Julai lalu, Kumpulan Klinik juga telah menyumbangkan tajaan perkhidmatan perubatan asas percuma menerusi pemberian kad perubatan kepada atlet PESRON.

“Kami amat berbesar hati dan bertuah dengan tajaan Kumpulan Klinik ini. Tajaan ini bukan sahaja amat diperlukan dalam latihan persiapan tetapi juga memberi suntikan moral kepada kami khususnya para atlet,” kata Tan ketika ditemui di sini kelmarin.

Sukan Para SUKMA 2020 Johor yang sepatutnya berlangsung tahun ini telah ditunda ke tahun depan disebabkan krisis pandemik COVID-19.

Sukan dwi tahunan terbesar negara untuk atlet OKU itu dijadualkan belangsung pada 5-10 April 2021.

  • oleh
  • Advertisement