Anda di sini

Jawatankuasa pantau pembangunan, pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok

Advertisement
 Annuar ketika mempengerusikan mesyuarat.
PACU PEMBANGUNAN: Annuar ketika mempengerusikan mesyuarat.

LABUAN: Pewujudan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan WP Labuan dilakukan untuk memantau pembangunan pulau ini termasuk pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memberitahu pihaknya telah menyediakan draf Kertas Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi panggilan Request for Proposal (REP) bagi menjemput penglibatan sektor swasta.

"Jawatankuasa itu seiring dengan hasrat pengurusan tertinggi Kementerian Wilayah Persekutuan,"katanya dalam pengumuman pewujudan jawatankuasa berkenaan pada Jun.

Kelmarin, buat julung kalinya Annuar mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Perbadanan Labuan (PL) di mana perbadanan itu mengambil peranan sebagai urus setia dan pelaksana peringkat Pihak Berkuasa Tempatan di sini.

Jawatankuasa itu turut melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), KWP, ICU JPM, Pengurusan Tertinggi PL, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Agensi Swasta berkaitan pembangunan Labuan.

Annuar menjelaskan, jawatankuasa itu dapat menjadi platform berkesan memantau lebih dekat pembangunan Labuan agar berada pada tahap sepatutnya di samping membuat perancangan bersama yang melibatkan 'Public Sector Driven' ataupun 'Private Sector Driven'.

Melalui jawatankuasa itu juga, PL akan menyediakan rumah transit untuk kalangan keluarga yang ditimpa musibah seperti kebakaran, ribut atau banjir.

Annuar berharap jawatankuasa itu mampu memacu pembangunan dengan perancangan strategik agar dapat dilaksanakan lebih cepat dan berkesan serta memberi impak positif ke atas perkembangan ekonomi pulau ini.


 

  • oleh
  • Advertisement