Anda di sini

Nama anggota polis tembak Blake didedah, NBA ketuai mogok sukan

Advertisement

KENOSHA: Anggota polis berkulit putih yang me-nembak Jacob Blake, seorang lelaki berkulit hitam yang berusia 29 tahun, di belakang, seterusnya mencetuskan siri protes ganas baharu di Amerika Syarikat (AS), telah dinamakan oleh pegawai AS kelmarin, manakala pemain Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) menge-tuai siri mogok yang luar biasa dalam dunia sukan untuk membantah rasisme dan kekejaman polis.

Kemarahan dan kesedihan telah meningkat sejak Ahad lepas, apabila seorang veteran selama tujuh tahun dalam pasukan polis di Kenosha, Wisconsin menembak Blake sebanyak tujuh kali dari jarak dekat ketika tiga anaknya melihat kejadian di kota bahagian tengah barat negara itu.

Jabatan Keadilan AS meng-umumkan lewat kelmarin bahawa ia telah membuka siasatan hak sivil ke atas serangan tembakan terhadap Blake.

Penguatkuasaan undang-undang tempatan berdiam diri ketika protes waktu malam bertukar ganas, dan dua orang ditembak mati apabila pengawal sukarela bersenjata bertelingkah de-ngan penunjuk perasaan pada malam Selasa lepas.

Sejak itu, seorang remaja berusia 17 tahun telah ditangkap kerana didakwa melakukan pembunuhan.

Tetapi kelmarin Jabatan Keadilan Wisconsin memberi laporan rasminya yang pertama mengenai serangan tembakan ke atas Blake, de-ngan menyatakan dia ada pisau “dalam pemilikannya” ketika anggota polis Rusten Sheskey melepaskan tembakan ke bahagian belakangnya.

Ia tidak jelas daripada ke-nyataan itu sama ada pisau tersebut, yang dijumpai di dalam kereta, adalah di dalam tangan Blake ataupun tidak ketika dia ditembak atau pada bila-bila masa sewaktu perbalahan berlaku. Dia terselamat, tetapi mungkin akan lumpuh sepanjang hayat.

Anggota polis telah dihantar ke sebuah kediaman di Kenosha ekoran satu gangguan domestik dan, sewaktu insiden itu, “cuba menangkap” Blake, tetapi   gagal untuk menembaknya dengan alat ‘taser’, kenyataan itu menyebut.

“Encik Blake berjalan ke kenderaannya, membuka pintu tepi pemandu, dan tunduk ke depan. Ketika dia memegang baju Encik Blake, Pegawai Rusten Sheskey melepaskan senjata khidmatnya sebanyak tujuh kali. Pegawai Sheskey melepaskan tembakan ke belakang Encik Blake,” katanya.

Seterusnya, kenyataan itu menyebut, ejen “menjumpai sepucuk pisau di dalam papan lantai tepi pemandu dalam kenderaan Encik Blake”.

Kelmarin, pemain NBA yang kecewa mengambil pen-dirian yang baharu apabila pasukan Milwaukee Bucks, yang mempunyai pangkalan ke utara Kenosha, memulaukan perlawanan mereka untuk membantah serangan tembakan terbaharu.

“Walaupun rayuan telah dibuat dengan lantang bagi perubahan, tiada tindakan telah diambil, jadi fokus kami pada hari ini tidak boleh diberikan kepada bola keranjang,” para pemain menyebut dalam satu kenyataan.

Tindakan itu memaksa NBA untuk membatalkan ketiga-tiga perlawanan play-off kelmarin, dan perlawa-nan yang dijadualkan semalam turut menimbulkan tanda tanya.

Boikot menular kepada sukan besbol apabila pasukan Milwaukee Brewers enggan mengadakan perlawanan menentang pasukan Cincinnati Reds, dan sukan tenis, di mana juara Grand Slam sebanyak dua kali Naomi Osaka tiba-tiba menarik diri daripada satu perlawanan – menyebabkan Terbuka Barat & Selatan ATP/WTA di New York digantung se-hingga Jumaat.

Perlawanan Liga Bola Sepak Utama dan NBA Wa-nita turut ditunda.

Pegawai kota Kenosha mengarahkan perintah berkurung dari jam 7.00 malam sehingga jam 7.00 pagi sehingga Ahad dengan harapan untuk menenangkan keadaan ekoran keganasan berdarah pada Selasa lepas, yang berlaku apabila pengawal sukarela bersenjata yang kebanyakan berkulit putih pergi ke lokasi protes, dengan menyatakan mereka di sana untuk melindungi harta benda persendirian.

Video menunjukkan salah seorang pengawal sukarela menembak penunjuk perasaan dengan selaras raifal serangan itu. Lelaki itu kemudian berjalan-jalan di jalan raya dengan bebas, senjata api yang digantung pada dadanya, manakala penunjuk perasaan lari bertempiaran dan kenderaan polis meluru melintasinya.

Dua lelaki maut dan seorang cedera pada bahagian tangan dalam serangan itu.

Polis di Antioch, Illinois, ke barat daya Kenosha, kelmarin berkata mereka telah menangkap seorang remaja berusia 17 tahun atas tuduhan membunuh ekoran pembunuhan tersebut.

Suspek dikenali sebagai Kyle Rittenhouse, soerang remaja tempatan dengan akaun dalam media sosial yang dilaporkan menunjukkan tarikan kepada senjata api dan penguatkuasaan undang-undang.

Facebook berkata ia sudah mengeluarkan akaun suspek remaja itu, selain laman sebuah kumpulan militia tempatan di Kenosha.

Dua jam selepas perintah berkurung bermula pada malam kelmarin, kira-kira 200 penunjuk perasaan ‘Black Lives Matter’ berarak di tengah kota Kenosha. Sebuah helikopter terbang di udara tetapi polis tidak kelihatan. — AFP

Advertisement