Anda di sini

Korban letupan berkembar di selatan Filipina cecah 15

Advertisement
 Anggota tentera mengangkat rakan mereka selepas satu bom buatan sendiri meletup di sebelah kenderaan tentera di bandar Jolo, pulau Sulu kelmarin. — Gambar AFP
SERANGAN MENGEJUT: Anggota tentera mengangkat rakan mereka selepas satu bom buatan sendiri meletup di sebelah kenderaan tentera di bandar Jolo, pulau Sulu kelmarin. — Gambar AFP

JOLO: Jumlah kematian akibat letupan berkembar di selatan Filipina meningkat kepada 15 orang semalam manakala puluhan lagi ce-dera, lapor Agensi Anadolu.

Dua letupan menggegarkan bandar Jolo di Sulu di Wilayah Autonomi Bangsamoro pada awal kelmarin, kata pegawai tentera Filipina.

Polis dalam satu kenyataan berkata mayat askar lain turut ditemukan di tempat kejadian semalam.

Mangsa yang cedera masih dirawat dan dakwaan me-ngatakan kumpulan pengganas Abu Sayyaf berpakat dengan Daesh merancang serangan itu sedang disiasat.

Terdahulu, jurucakap polis Brigadier Jeneral Bernard Banac berkata letupan pertama berlaku kira-kira tengah hari di Paradise Food yang terletak di Barangay Walled di Jolo.

Letupan kedua berlaku kira-kira sejam kemudian.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. — AFP

Advertisement