Anda di sini

Budak lelaki maut terjatuh dari tingkat empat 

Advertisement
 Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas terjatuh dari tingkat empat.
JATUH: Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi selepas terjatuh dari tingkat empat.

KOTA KINABALU: Seorang budak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah flat perumahan Batu 2, Jalan Tuaran di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa berumur tujuh tahun itu terjatuh dari beranda dapur kira-kira jam8.30 malam.

“Bertindak dari laporan awam, polis ke lokasi kejadian dan mendapati mayat kanak-kanak lelaki dalam keadaan terbaring di perkarangan flat berkenaan.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama neneknya berumur 52 tahun.

“Semasa kejadian, nenek mangsa berada di dalam tandas sebelum mendengar jeritan orang ramai di tingkat bawah flat terbabit dan terkejut sebaik menyedari mangsa terbabit adalah cucunya.

“Mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.

Tambahnya ibu bapa mangsa turut tinggal di flat sama bagaimanapun menetap di rumah berlainan dan bekerja sebagai pembersih awam.

Menurutnya tiada kes jenayah dikesan dalan kejadian ini dan kes disiasat mengikut Kes Mati Mengejut.

  • oleh
  • Advertisement