Anda di sini

Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin meninggal di penjara Mesir: Peguam

Advertisement
ESSAM AL-ERIAN
ESSAM AL-ERIAN

KAHERAH: Seorang pe-mimpin kanan Ikhwanul Muslimin kelmarin me-ninggal dunia di penjara di Mesir di mana dia menjalani beberapa hukuman termasuk atas tuduhan berkaitan de-ngan keganasan, kata pe-guamnya.

Essam al-Erian, 66, ditangkap pada 2013 selepas tentera menggulingkan presiden Islamis Mohamed Morsi di atas sokongan dari bantahan besar-besaran terhadap peme-rintahannya yang singkat.

“Pihak berkuasa memaklumkan saya mengenai kematiannya, dan saya sudah meminta keluarganya membuat persiapan menerima jenazahnya untuk pengebumian,” peguam Abdelmo-neim Abdelmaqsood memberitahu AFP.

“Ia adalah satu kematian secara semula jadi,” kata-nya.

Media Mesir melaporkan Erian meninggal dunia akibat serangan jantung selepas pergaduhan dengan seorang banduan lain.

Namun timbalan pengarah wilayah Human Rights Watch, Joe Stork berkata tanggungjawab ke atas kematian Erian terletak “sepenuhnya” pada pihak berkuasa Mesir.

Beliau turut menggesa Kaherah melancarkan siasatan “efektif” berhubung dengan kematian itu.

Erian adalah timbalan presiden bagi sayap politik dalam Ikhwanul Muslimin,  parti Kebebasan dan Keadilan yang kini sudah dibubarkan.

Dia dijatuhkan hukuman dalam beberapa kes atas tuduhan termasuk penghasutan untuk keganasan, pembunuhan dan pengintipan.

Menurut Abdelmaqsood, kes-kes yang dikemukakan terhadap Erian membawa hukuman bersamaan dengan “sejumlah 150 tahun” di dalam penjara.

Sejak penggulingan Morsi, pihak berkuasa telah bertindak terhadap Ikhwanul Muslimin, memenjarakan ribuan anggota dan penyokongnya.

Mereka turut menyenarai-hitamkan Ikhwanul Musli-min sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Namun kumpulan Islamis itu secara konsisten menafikan sebarang kaitan dengan keganasan.

Pihak berkuasa menempatkan Erian dalam senarai hitam pengganas, satu langkah yang membolehkan mereka untuk membekukan asetnya.

Morsi sendiri meninggal dunia ketika dalam tahanan pada Jun 2019, selepas jatuh sakit semasa satu perbicaraan mahkamah.

Pemerintahan Morsi telah ditandakan oleh perpecahan mendalam di kalangan masya-rakat Mesir, krisis ekonomi yang melumpuhkan dan bantahan pembangkang yang selalunya ganas. — AFP

Advertisement