Anda di sini

Hutan di Los Angeles terbakar, penduduk berdekatan dipindahkan

Advertisement
 Helikopter bomba mencurah air untuk memadam kebakaran hutan di Lake Hughes, California kelmarin. — Gambar AFP
MARAK: Helikopter bomba mencurah air untuk memadam kebakaran hutan di Lake Hughes, California kelmarin. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Kebakaran di Hutan Negara Angeles yang bermula kelmarin menyebabkan pihak berkuasa terpaksa memindahkan penduduk di lebih 500 kediaman yang berdekatan dengan lokasi kejadian, lapor agensi berita Xinhua.

Kebakaran dilaporkan pada jam 3.40 petang (2240 GMT) waktu tempatan dan merebak daripada 50 ekar sehingga 10,000 ekar dalam masa kira-kira tiga jam, menurut InciWeb.

Sehingga jam 5.20 petang waktu tempatan, usaha memadam kebakaran masih dijalankan dan tiada tanda-tanda berkurangan menyebabkan beberapa bangunan terancam.

CBS melaporkan kepulan asap yang besar dapat dilihat dari lapangan terbang antarabangsa Los Angeles, terletak kira-kira 100 kilometer ke selatan.

Jabatan Bomba Los Angeles berkata 10 pasukan dike-rahkan ke tempat kejadian.

Sementara itu, beberapa pegawai bomba, termasuk kru Hutan Negara Angeles, bekerjasama dengan Jabatan Syerif Daerah Los Angeles untuk memindahkan penduduk.

Punca kejadian belum dapat dipastikan, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. — Bernama

Advertisement