Anda di sini

Serena beraksi di Terbuka Top Seed

Advertisement
 Serena berehat sebelum menyambung semula perlawanan menentang Berbarda Pera pada kejohanan itu yang berlangsung di Kentucky, AS. — Gambar AFP
KEMBALI: Serena berehat sebelum menyambung semula perlawanan menentang Berbarda Pera pada kejohanan itu yang berlangsung di Kentucky, AS. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Serena Williams, mengenepikan isu ketiadaan penonton apabila kembali beraksi dengan kemenangan selepas hampir enam bulan sukan tenis terhenti kerana pandemik COVID-19 dengan menewaskan Bernarda Pera pada kejohanan Terbuka Top Seed di Kentucky pada Selasa.

Williams, sebelum perlawanan pada Selasa, belum bermain satu perlawanan kompetetif sejak penampilan dalam Piala Fed pada bulan Februari, bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan rakan senegaranya dari AS 4-6, 6-4 dan 6-1 dalam masa dua jam dan 15 minit di Kelab Tenis Top Seed di Lexington.

Ia adalah kemenangan pusingan pertama untuk bekas pemain nombor satu dunia itu di stadium tanpa penonton dengan kejohanan ini – kejohanan WTA pertama di AS sejak pandemik COVID-19).

Williams, 38, kemudian mendedahkan bahawa suasana sunyi kelihatan sesuai dengan permainannya.

“Ia kelihatan suasana yang tenang dan benar-benar menarik,” kata Williams.

“Saya tidak boleh berkata saya tidak menyukainya. Saya tidak kisah. Saya fikir saya mengharungi banyak perkara dalam kerjaya saya dan kali ini ia sangat berbeza sekali. Saya fikir saya menang hari ini kerana saya berasa tenang buat kali pertama dalam kerjaya saya.

“Ia seperti mengimbau kembali ketika saya masih remaja. Sesuatu yang nostalgia dan saya sukai.”

Dengan kemenangan itu, Williams akan  menentang sama ada kakaknya, Venus atau Victoria Azarenka di pusingan kedua.

Di Prague, Republik Czech, Simona Halep turut memenangi perlawanan pertama beliau sejak musim disambung semula apabila menewaskan Polona Hercog 6-1, 1-6 dan 7-6(7/3) pada kejohanan Terbuka Prague.

Halep, pilihan pertama kejohanan, juga dipaksa bekerja-keras seperti Williams dalam masa lebih dua jam untuk menewaskan lawan dari Slovenia yang juga pemain ranking ke-46 dunia.

Halep, yang merupakan pemain ranking kedua dunia, akan bertemu Barbora Krejcikova di pusingan 16 akhir.

Halep, bekas juara Wimbledon dan Terbuka Perancis, beraksi perlawanan pertama beliau dalam Jelajah WTA sejak memenangi kejuaraan ke-20 dalam kerjayanya di Dubai pada bulan Februari.

Beliau menarik diri dari  kejohanan pertama WTA sejak musim disambung semula di Palermo minggu lepas kerana bimbang dengan penularan COVID-19, dan masih belum membuat keputusan sama ada akan beraksi di Terbuka AS atau tidak pada lewat bulan ini.

Kejohanan di Prague adalah kunjungan pertama Halep di luar negara sejak Februari, selepas menghabiskan tempoh pengurungan di tanahairnya di Romania.

Penganjur kejohanan di Prague meletakkan semua  pemain dan kakitangan di sebuah hotel lapan tingkat untuk mengurangkan penularan COVID-19.

Pemeriksaan suhu badan kerap adalah perlu, sama seperti pemakaian pelitup muka ke atas pemain melainkan mereka bermain, berlatih atau makan. — AFP

Advertisement