Anda di sini

Dua maut dalam nahas kereta api di Portugal

Advertisement
 Anggota keselamatan memeriksa bangkai kenderaan penyelenggaraan landasan kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi (kanan) selepas pertembungan di Soure, berhampiran Coimbra kelmarin. — Gambar AFP
REMUK: Anggota keselamatan memeriksa bangkai kenderaan penyelenggaraan landasan kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi (kanan) selepas pertembungan di Soure, berhampiran Coimbra kelmarin. — Gambar AFP

LISBON: Dua orang maut dan tujuh lagi cedera parah selepas sebuah kereta api berkelajuan tinggi bertembung dengan sebuah kenderaan penyelenggaraan landasan kereta api di tengah Portugal kelmarin, kata pihak berkuasa pertahanan awam.

Kereta api itu membawa sekitar 280 penumpang apabila ia tergelincir dari landasan semasa kemalangan berhampiran pekan Soure pada kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan.

Pihak berkuasa pertahanan awam dalam ciapan di Twitter berkata seramai 30 orang lagi cedera ringan.

Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa dalam satu kenyataan menyampaikan “ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban” akibat “kemalangan serius” ini.

Kira-kira 170 anggota pe-nyelamat dan dua helikopter telah segera dikerahkan ke kawasan nahas. — AFP

Advertisement