Anda di sini

Muhyiddin tunai solat Aidiladha dalam suasana kebiasaan baharu

Advertisement
 Muhyiddin dilihat membaca doa selepas menunaikan solat sunat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam. Solat sunat Aidiladha tahun ini dilakukan dalam norma baharu untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal di luar dan di dalam masjid, pemakaian pelitup muka selain para jemaah dikehendaki membawa sejadah sendiri. — Gambar Bernama
SOLAT: Muhyiddin dilihat membaca doa selepas menunaikan solat sunat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam. Solat sunat Aidiladha tahun ini dilakukan dalam norma baharu untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal di luar dan di dalam masjid, pemakaian pelitup muka selain para jemaah dikehendaki membawa sejadah sendiri. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, di sini, dalam suasana kebia-saan baharu.

Perdana Menteri yang memakai baju Melayu berwarna kuning kemerah-merahan serta lengkap bersampin, turut memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri bagi mematuhi prosedur ope-rasi standard (SOP) mencegah wabak COVID-19.

Solat sunat yang bermula jam 8 pagi itu dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Mohd Fikri Che Hamid.

Ketua imam masjid ber-kenaan, Mohd Rahimi P. Ramlee berkata jemaah yang hadir diperiksa suhu badan dan melakukan penjarakan fizikal satu meter ketika berada di dalam masjid.

Beliau berkata pihak masjid mengehadkan seramai 700 jemaah sahaja dengan 600 ahli kariah diberikan pas khas minggu lepas untuk memasuki masjid, manakala 100 pas kepada jemaah yang datang secara ‘walk-in’ semalam. — Bernama

Advertisement