Anda di sini

Digi perkenalkan pakej ‘Go Digital’ dengan nilai terhebat

Advertisement
 Pakej Go Digital baharu Digi.
DAPATKAN SEKARANG: Pakej Go Digital baharu Digi.

SUBANG JAYA: Digi Tele-communications Sdn Bhd (Digi) semalam melancarkan tiga pakej ‘Go Digital’ baharu iaitu Pakej Keperluan, Pakej Produktiviti dan Pakej Pertumbuhan, yang mengandungi penyelesaian digital untuk kerja jarak jauh, pengurusan tenaga kerja, e-dagang serta pemasaran dan penjualan dalam talian.

Digi menerusi kenyataannya semalam menjelaskan, pakej itu membolehkan MSME memaksimumkan produktiviti dan pertumbuhan perniagaan mereka dengan kos yang rendah.

Ia juga bertujuan untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) dalam mendigitalkan serta mengembangkan perniagaan mereka sambil menikmati penjimatan hingga 70 peratus.

“Pakej-pakej ini mengan-dungi penyelesaian digital seperti altHR, Omni Hotline, Avana Facebook Commerce, pek asas Microsoft 365 Business, penghantaran SMS yang disasarkan.

“Pelan data mudah alih untuk sambungan Internet juga disediakan, yang akan mempersiapkan MSME menghadapi ‘normal baharu’ dalam bekerja dan menguruskan operasi perniagaan,” jelas kenyataan itu.

Dengan potongan harga tertinggi dalam pasaran iaitu hingga 70 peratus jelasnya, pakej tersebut ditawarkan pada harga yang bersesuaian setelah mengambil kira situasi perniagaan kini yang menghadapi tekanan daripada segi kos untuk terus bertahan dan berkembang.

Pendekatan ini juga seiring dengan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek PENJANA, yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan Digi Eugene Teh berkata, Digi bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyokong MSME dalam pemulihan dan pertumbuhan mereka.

Kolaboratif ini jelasnya, menyaksikan Digi berpera-nan sebagai pusat sehenti bagi MSME, dengan membantu mereka mendigitalkan ope-rasi dan menguruskan proses permohonan geran.

“Sebagai rakan digital yang dipercayai, kami menyedari bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro memerlukan bantuan bagi memilih alat digital yang tepat dan terbaik dari segi keberkesanan kos untuk mengaktifkan semula dan meningkatkan perniagaan mereka dalam situasi semasa.

“Kami menghasilkan pakej yang berfungsi sebagai pek semua-dalam-satu supaya usahawan tidak perlu menghadapi kesulitan berurusan dengan beberapa penyedia perkhidmatan bagi alat digital yang berbeza,” jelas beliau.

Langkah ini juga menurutnya, membantu menye-nangkan perjalanan digitali-sasi MSME, selain memberi mereka perkhidmatan yang menjimatkan dan mempunyai nilai tambah yang mela-yakkan mereka memperoleh geran digitalisasi.

Bukan itu sahaja, pengiktirafan Digi selaku Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) di bawah Geran Digitalisasi PKS oleh PENJANA, melayakkan MSME yang melanggan penyelesaian digital ini menikmati subsidi geran.

Subsidi tersebut merupakan tambahan kepada potongan harga yang ditawarkan oleh Digi sebagai sebahagian daripada promosi pakej, sekali gus memberi pelanggan menikmati jumlah penjimatan yang besar hingga 70 peratus dan memperoleh nilai maksimum untuk perniagaan mereka.

Digi turut mempermudahkan permohonan geran untuk MSME dengan mengu-ruskan semua proses daripada mula hingga akhir.

Secara ringkasnya, usahawan MSME hanya perlu mendaftar bagi pakej Go Digital kemudian menye-rahkan semua dokumen yang diperlukan kepada Digi untuk pengesahan kelayakan penerimaan geran.

Setelah diluluskan, Digi akan menyelesaikan semua pendaftaran yang berkaitan sebelum menghubungkan perniagaan dengan pelbagai penyelesaian digital dan setelah selesai, perniagaan akan dicaj setiap bulan dengan jumlah akhir, iaitu jumlah selepas pemotongan subsidi geran dan diskaun dilakukan.

Pakej Digi Business Go Digital yang baharu boleh didapati sekarang. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej atau untuk mendaftar, layari www.digi.my/godigital.