Anda di sini

Taman Perindustrian Sri Aman bantu pengusaha IKS

Advertisement
 Awang Tengah (tiga kanan), Harden (dua kanan), Malcolm (kanan), Liaw (dua kiri) dan Indit pada sidang media kelmarin.
KONGSI MAKLUMAT: Awang Tengah (tiga kanan), Harden (dua kanan), Malcolm (kanan), Liaw (dua kiri) dan Indit pada sidang media kelmarin.

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak melaksanakan Projek Taman Perindustrian Sri Aman dengan keluasan 5.5 hektar menerusi dua peringkat di bandar Sri Aman.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek itu diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) kepada kementeriannya bagi membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di sini menjalankan perniagaan mereka.

Menurutnya, peringkat pertama pembinaan projek itu merangkumi 21 lot di mana lokasinya kira-kira 20 kilometer dari bandar, siap sepenuhnya September tahun lalu dengan kos RM5 juta.

Peringkat kedua memberi fokus pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti parit, jalan, air, telekomunikasi serta elektrik dengan kontrak berjumlah lebih RM8.6 juta.

“Projek kedua dijangka siap sepenuhnya menjelang September 2021,” katanya pada sidang media selepas melawat Taman Perindustrian Sri Aman di sini kelmarin.

Awang Tengah berharap projek dilaksanakan pada peringkat kedua dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

“Apabila siap pembinaan kedua-dua fasa projek itu, ia menyediakan tapak kepada pengusaha bengkel beroperasi secara berpusat dikenali sebagai industrial estate,” jelasnya.

Hadir sama Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Terminal Industri merangkap ADUN Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Tetap MINTRED Datu Liaw Soon Eng dan Residen Sri Aman Indit Bangai.

  • oleh
  • Advertisement