Anda di sini

Penanam durian di DUN Dudong dibantu bunuh ulat

Advertisement
 Teo (empat kiri) menyerahkan alatan tersebut kepada (lima kanan) sambil disaksikan oleh Ting (lima kiri) di Sibu kelmarin.
UNTUK PETANI: Teo (empat kiri) menyerahkan alatan tersebut kepada (lima kanan) sambil disaksikan oleh Ting (lima kiri) di Sibu kelmarin.

SIBU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing menyumbang tiga unit ‘Pest Control Pressure Pump’ kepada penanam durian di kawasan DUN Dudong di sini kelmarin.

Sumbangan itu diserahkan Naib Presiden Kanan PDP Kaunselor Teo Boon Siew mewakili Tiong kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Pertanian DUN Dudong Joseph Yong.

Jawatankuasa kerja itu ditubuhkan di bawah PDP Bahagian Dudong bagi menjaga kebajikan dan hal ehwal berkaitan pertanian di kawasan tersebut.

Majlis penyerahan disaksikan Bendahari Agung PDP Kaunselor Ting Huat Sing pada majlis ringkas di sini.

Menurut Teo, tiga unit alatan tersebut adalah untuk kegunaan membunuh ulat hidup di pokok durian.

Jelasnya, disebabkan ulat terbabit pokok durian tidak dapat mengeluarkan buah kerana sistem pertumbuhannya terbantut.

“Disebabkan masalah itu semua pokok durian sepanjang Jalan Stabau hingga ke Menyan tidak mengeluarkan buah pada tahun ini.

“Kita sedia maklum mengenai masalah ini menyerang pokok durian di kawasan tersebut.

“Disebabkan pokok durian ini tinggi, ulat-ulat tidak dapat dibasmi sepenuhnya tanpa alatan ini. Alat memudahkan petani menanam durian,” jelasnya.

Pengerusi PDP Bahagian Dudong itu berkata, demonstrasi diadakan di kawasan Menyan oleh Yong kepada penanam durian pada hari ini (Isnin), jam 9 pagi.

Justeru, penanam durian dijemput hadir bagi menyaksikan sendiri bagaimana menggunakan alat tersebut.

“Alatan ini boleh dipinjamkan kepada petani yang mengalami masalah diserang ulat. Kita menyediakan perkhidmatan ini untuk dipinjamkan,” katanya.

Penanam durian mempunyai masalah dengan tanaman mereka dan ingin meminjamkan alat ini boleh menghubungi Yong di talian 013-8163708 atau Teo (019-8191071).

Advertisement