Anda di sini

Wehaya serah sumbangan hasil kutipan larian amal kepada PCAM

Advertisement
 Wat (dua kiri) menyampaikan cek kepada wakil PCAM sambil disaksikan oleh Tan (kiri) pada majlis ringkas di Miri.
SUMBANGAN: Wat (dua kiri) menyampaikan cek kepada wakil PCAM sambil disaksikan oleh Tan (kiri) pada majlis ringkas di Miri.

MIRI: Sejumlah RM5,000 diserahkan oleh syarikat Wehaya Sdn Bhd kepada Persatuan Perkhidmatan Paliatif Miri (PCAM) pada majlis ringkas di sini, baru-baru ini.

Sumbangan itu merupakan hasil kutipan menerusi larian amal Wehaya pada November 2019 yang merupakan antara aktiviti syarikat itu sempena kempen Kesihatan, Sekuriti, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) Wehaya 2019.

Larian amal terbabit yang disertai sekitar 400 orang diadakan di Pusat Komersil Marina dan ParkCity bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja Wehaya dan masyarakat setempat.

Di samping itu, usaha tersebut bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit kanser dan sokongan terhadap gerakan kesedaran kanser.

Sumbangan cek disampaikan oleh Pengarah Urusan Wehaya Wat Unchard kepada wakil PCAM yang juga Naib Presiden PCAM Veronica Wong.

Hadir sama Pengarah Kumpulan Wehaya Larrie Tan.

PCAM terletak di No. 406 Jalan Piasau Edar, Piasau Garden ditubuhkan pada 2005 dalam usaha memberi sokongan kepada pesakit kanser di sini merangkumi Bekenu, Batu Niah, Suai, Kuala Baram, Marudi, Limbang dan Lawas.

PCAM kini mempunyai lebih 90 pesakit mendapatkan perkhidmatan terbabit dan antaranya turut mendapat khidmat lawatan rumah ke rumah oleh jururawat dan sukarelawan memberi tumpuan rawatan mengawal kesakitan dan simptom.

Mereka ingin menghulurkan bantuan atau mengetahui lanjut sukarelawan boleh menghubungi PCAM menerusi talian 012-8456480 atau 085-650538.

PCAM turut boleh dihubungi melalui e-mel [email protected] atau layari laman sesawang www.palliativecaremiri.org.

Advertisement