Anda di sini

Pembinaan jejantas pejalan kaki di SMK Bandar dimulakan dalam masa terdekat

Advertisement
 Johnny (kanan) mendengar penerangan daripada Ir Wang (kiri).
PENERANGAN: Johnny (kanan) mendengar penerangan daripada Ir Wang (kiri).

BINTULU: Kerja-kerja pembinaan jejantas pejalan kaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini akan dimulakan dalam masa terdekat dan dijangka siap pada Ogos 2021.

Begitupun disebabkan masalah kabel dan paip bawah tanah yang telah dikenal pasti, pihak pelaksana projek tidak mempunyai pilihan melainkan menangguhkan kerja-kerja permulaan pembinaan dan perlu menyemak semula reka bentuknya.

Ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Tanjung Batu Johnny Pang berkata, semasa meninjau perkembangan projek di tapak pembinaan yang dicadangkan, beliau diberi taklimat oleh Pengurus Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak-Pejabat Wilayah Utara Ir Wang Say Wang yang menjelaskan kerumitan akibat kabel bawah

tanah, paip serta keperluan menyemak semula reka bentuknya.

Katanya, kerja terbabit terpaksa ditangguhkan dan diberitahu projek ini dijangka siap pembinaannya pada Ogos 2021.

“Saya mendapat penjelasan daripada JKR, adalah tidak bijak untuk memindahkan kabel bawah tanah kerana ini pasti memberi kesan kepada sumber bekalan air dan elektrik ke kediaman berdekatan, belum lagi kos menempatkannya semula,” katanya semalam.

Setelah banyak kajian dan rundingan dilakukan katanya, JKR memutuskan untuk menyemak semula pelan bagi untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada kabel dan paip bawah tanah.

Justeru, Johnny menggesa pihak berkuasa dan kontraktor terbabit agar mempercepatkan kerja bagi menyelesaikan masalah kabel bawah tanah di situ sekali gus memastikan keselamatan pengguna jalan raya diberi perhatian terutamanya pelajar di sekolah terbabit.

“Ir Wang menyatakan (jaminan) pihak berkuasa akan terus memantau perkembangan lanjut pelaksanaan kerja di tempat tersebut,” ujarnya.

Advertisement