Anda di sini

Banjir: Taman Negara Bukit Lambir ditutup serta-merta

Advertisement
 Keadaan laluan pejalan kaki di Taman Negara Bukit Lambir yang ditenggelami air.
TUTUP: Keadaan laluan pejalan kaki di Taman Negara Bukit Lambir yang ditenggelami air.

MIRI: Taman Negara Bukit Lambir (TNBL) ditutup serta-merta kepada pengunjung berkuat kuasa 24 Julai berikutan banjir.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan di media sosial kelmarin memberitahu, hujan lebat telah menyebabkan sebahagian laluan pejalan kaki ditenggelami air dengan ketinggian sehingga paras pinggang.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan itu. Untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut mengenai TNBL, orang ramai boleh menghubungi talian +60116-5729433 atau +60116-5730144,” katanya.

Pihak SFC beterima kasih kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan.

Advertisement