Anda di sini

Menangi bekalan barang keperluan rumah untuk setahun sempena sambutan ulang tahun kedua ‘Mr. D.I.Y. Online!’

Advertisement
 MR. D.I.Y.menyediakan pembelian secara dlam talian menerusi www.mrdiy.com.my .
MUDAH: MR. D.I.Y.menyediakan pembelian secara dlam talian menerusi www.mrdiy.com.my .

KUCHING: Peruncit perkakasan rumah Malaysia MR. D.I.Y. akan menganjurkan sambutan ulang tahun kedua platform dalam talian, www.mrdiy.com.my menerusi Peraduan Belanja dan Menang bermula 20 sehingga 31 Julai ini.

Bersempena dengan perayaan ulang tahunnya itu, pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih daripada RM50,000 termasuk bekalan barang keperluan rumah MR.D.I.Y untuk setahun.

“Untuk menyertai Peraduan Belanja dan Menang, pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM75 dalam satu transaksi.

“Seramai 22 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

“Pihak kami menyediakan hadiah baucar beli-belah dalam talian RM50 MR. D.I.Y (tanpa perbelanjaan minimum) bagi 21 pemenang.

“Sementara, seorang pemenang akan membawa pulang hadiah utama berupa bekalan barang keperluan rumah MR.D.I.Y untuk setahun,” kata kenyataan tersebut.

Pada masa sama, pihak MR.D.I.Y turut menawarkan 50 hadiah misteri percuma setiap hari untuk pelanggan yang membelanjakan sejumlah RM100 dalam satu transaksi sepanjang tempoh kempen.

Sambil menikmati tawaran hebat produk pada ‘Always Low Prices’, rebut tawaran tiada tandingan untuk lebih daripada 70 produk, yang boleh didapati secara eksklusif sepanjang tempoh kempen.

Pelanggan juga boleh memanfaatkan penjimatan hebat semasa Minggu Baucar dari 27 hingga 31 Julai, tambahnya.

Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan RM75 dalam satu transaksi masing-masing akan menikmati potongan RM10 serta hadiah misteri dan potongan RM5.

Kemuncak kempen ulang tahun tersebut ialah pada Hari Istimewa, 29 Julai ini.

“Hanya pada Hari Istimewa tersebut, pelanggan yang membuat pembelian minimum RM100 dan RM75 dalam satu transaksi masing-masing akan mendapat potongan RM15 serta hadiah misteri dan potongan RM10.

“Bukan itu sahaja, MR. D.I.Y juga bekerjasama dengan aplikasi e-dompet Malaysia, Boost, untuk memberikan pulangan tunai RM5 apabila pelanggan membelanjakan jumlah minimum RM75 dalam satu transaksi di ‘MR. D.I.Y. Online’ dan membayar dengan e-dompet Boost.

ANDY CHIN
ANDY CHIN

“Promosi ini terbuka kepada 400 transaksi layak dan terhad kepada satu pulangan tunai bagi setiap pelanggan,” kata Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Andy Chin.

Beliau juga berkata MR. D.I.Y. komited untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan menerusi rangkaian cawangan mereka dan secara dalam talian.

Menerusi tawaran tersebut Andy berkata pihaknya mahu pelanggan bergembira dalam suasana semasa yang mencabar dengan memberikan penjimatan lebih besar apabila membeli secara dalam talian.

Untuk menikmati penjimatan lebih besar hari ini, kunjungi platform dalam talian MR. D.I.Y. di www.mrdiy.com.my.

Sebagai alternatif, layari laman media sosial mereka, Facebook dan Instagram @mrdiy2u untuk maklumat lanjut mengenai kempen Sambutan Ulang Tahun Ke-2 ‘MR. D.I.Y. Online’ dan maklumat lain yang terkini.

 Bersempena dengan ulang tahun kedua ‘MR. D.I.Y. Online’ pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan yang disediakan pihaknya.
REBUT PELUANG: Bersempena dengan ulang tahun kedua ‘MR. D.I.Y. Online’ pelanggan berpeluang memenangi hadiah lumayan yang disediakan pihaknya.
Advertisement