Anda di sini

Malaysia Airlines bekerjasama dengan Trip.com, lebih banyak ganjaran untuk ahli Enrich

Advertisement

KUCHING: Pengguna penerbangan kerap Malaysia Airlines telah bekerjasama dengan beberapa peneraju perkhidmatan penyediaan perjalanan antarabangsa, Trip.com untuk memberi lebih banyak ganjaran kepada ahli membuat tempahan hotel.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, sebagai sebahagian daripada kerjasama itu ahli Enrich akan mendapat ganjaran 3 Enrich Miles bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan mereka selepas membuat tempahan hotel dengan Trip.com di https://www.trip.com/t/enrich-en.

“Mereka juga akan mendapat akses kepada tawaran hebat lebih daripada 1.4 juta hartanah di lebih 200 negara, termasuk perniagaan hotel, hotel milik syarikat penerbangan, stesen kereta api, hotel mewah dan resort,” kata Ketua Kumpulan Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran, Malaysia Airlines Lau Yin May.

Beliau juga menyatakan pengenalan kepada kerjasama dengan Trip.com untuk keahlian yang semakin teruja untuk memulakan perjalanan mereka ke negara-negara yang sudah membuka persempadanan negara  masing-masing.

Menerusinya juga kata Lau, ia berupaya untuk merancakkan sektor pelancongan  dan pada masa yang sama ahli Enrich akan mendapat lebih banyak manfaat menerusi ‘Enrich Miles’ dan menikmati perkhidmatan hartanah yang disediakan di Trip.com.

“Untuk meraikan pelancaran tersebut, ahli Enrich akan berpeluang memperoleh 200 bonus ‘Enrich Miles’ bagi setiap tempahan penginapan di hotel dengan perbelanjaan minimum AS$150 bermula dari 23 Julai hingga 30 Ogos 2020. Selain itu, dengan sokongan perkhidmatan pelanggan berbahasa Inggeris 24/7 dan platform tempahan menerusi laman web desktop, aplikasi dan mudah alih, ahli Enrich akan merasa yakin dengan perjalanan yang disediakan sepanjang masa.

Memahami kepentingan fleksibiliti, Trip.com telah membuat kemas kini untuk perkhidmatan tempahannya.

Di bahagian perkhidmatan tempahan hotel, jaminan ‘Flexibooking’ memberi pelanggan akses kepada potongan eksklusif sehingga 60 peratus bagi tempahan pendahuluan di lebih daripada 30,000 hotel dan lebih 180 buah negara.

Ia juga membolehkan pelanggan menjadualkan semula atau membatalkan tempahan hotel mereka dalam tempoh 72 jam sebelum waktu daftar masuk penginapan tanpa dikenakan bayaran. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Enrich oleh Malaysia Airlines untuk meningkatkan pengalaman perjalanan ahli Enrich dan mempersiapkan pemulihan perjalanan di dalam Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Trip.com, Bo Sun semalam.

Enrich telah berkolaboratif dengan beberapa rakan gaya hidup dari sektor petroleum sehingga ke aplikasi beli-belah dalam talian, memberikan lebih banyak cara kepada ahli untuk mendapatkan poin Enrich Miles yang boleh ditebus semula.

Bagi menjadi ahli Enrich sila layari dan berdaftar secara percuma di www.enrich.malaysiaairlines.com untuk menikmati akses eksklusif keistimewaan perjalanan dan ganjaran gaya hidup.Poin Enrich Miles yang diperolehi sah sehingga 3 tahun dan boleh ditebus untuk perjalanan masa depan atau keistimewaan gaya hidup eksklusif yang lain.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati https://www.malaysiaairlines.com.

Advertisement