Anda di sini

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Limbang hari ini

Advertisement

LIMBANG: Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 8 pagi hingga 6 petang hari ini (25 Julai).

Gangguan itu berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan pembersihan Tangki Simpanan Air 6.8 juta liter sehari (MLD) dan kerja penambahbaikan di Loji  Rawatan Air Berawan, Limbang.

Menurut kenyataan pihak LAKU Limbang semalam, gangguan bekalan air melibatkan Simpang Kubong ke Ulu Penganan, sepanjang Jalan Medamit, sepanjang Jalan Batu Danau dan kawasan berdekatan, Jalan Pendam, Jalan Lapangan Terbang (RPR Ranggau), Kampung Patiambun, kawasan tanah tinggi (Taman Cahaya), Taman Jayitek, Taman Bukit Mas, Kampung Buangsiol, Kampung Limpaong, Taman Damai (A, B, C), Kampung Pahlawan dan kawasan berdekatan.

Jelasnya, masalah tekanan air rendah turut berlaku di kawasan Simpang Medamit ke kawasan bandar Limbang, Jalan Tujuh Batu Keliling, Jalan Pandaruan dan kawasan berdekatan.

“Pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk kegunaan harian sepanjang tempoh ini.

“Jika keadaan tidak mengizinkan, kerja-kerja akan ditunda hari berikutnya pada masa yang sama,” kata kenyataan itu.

Jelasnya lagi, segala kesulitan amat dikesali dan pihaknya akan berusaha menyingkatkan masa gangguan bekalan air.

Menurutnya lagi, sepanjang kerja-kerja dijalankan, tempoh kerja mungkin akan melebihi masa yang ditetapkan bergantung kepada cuaca atau keadaan tidak mengizinkan.

“Oleh itu pelanggan adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini,” katanya lagi.

Advertisement