Anda di sini

DAP agih beras sumbangan Home Designer kepada 105 keluarga

Advertisement
 Hee menyampaikan beras kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Ling (tengah), Low (kiri) dan Marcus.
RINGANKAN BEBAN: Hee menyampaikan beras kepada salah seorang penerima disaksikan oleh Ling (tengah), Low (kiri) dan Marcus.

MIRI: Sebanyak 105 keluarga dari kawasan setinggan Pujut Tujuh menerima sumbangan beras daripada Home Designer.

Setiap penerima menerima beras 5kg yang diagihkan menerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sumbangan disampaikan Setiausaha DAP Sarawak Senator Alan Ling ditemani Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hee, Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo dan Penolong Khas kepada Alan, Lawrence Low.

Sumbangan itu diharap dapat meringankan beban perbelanjaan golongan memerlukan di sini yang terkesan oleh penularan COVID-19.

“Kita berterima kasih kepada orang awam yang tampil menghulur sumbangan kepada DAP. Keprihatinan mereka banyak membantu penduduk di saat diperlukan,” jelas Hee.

Beliau berharap lebih banyak pihak tampil membantu DAP dalam mengagihkan sumbangan makanan serta barangan keperluan lain kepada penduduk.

Advertisement