Anda di sini

Dakwaan terhadap pewaris Red Bull digugurkan

Advertisement
 Gambar fail 3 September 2012 menunjukkan polis memeriksa kereta Ferrari yang                dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di balai polis Thong Lor di Bangkok. — Gambar AFP
REMUK: Gambar fail 3 September 2012 menunjukkan polis memeriksa kereta Ferrari yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari di balai polis Thong Lor di Bangkok. — Gambar AFP

BANGKOK: Dakwaan terhadap pewaris harta berbilion Red Bull, dituduh membunuh seorang anggota polis Thai ketika dia me-rempuh dengan kereta Ferrarinya dalam satu kejadian langgar lari pada 2012, telah digugurkan, kata pihak berkuasa semalam, tanpa sebarang penjelasan.

Vorayuth “Boss” Yoo-vidhya melarikan diri ke Singapura dengan meng-gunakan jet persendiriannya pada 2017 beberapa hari sebelum satu waran tangkap dikeluarkan berhubung dengan insiden tersebut, mencetuskan kemarahan di kalangan warga awam Thai bagi budaya bebas dari hukuman yang dinikmati oleh golongan kaya di negara itu.

Waran tersebut muncul lima tahun selepas dia dikata-kan telah melanggar dan membunuh anggota polis berhampiran dengan kawasannya di kawasan kejiranan paling eksklusif di Bangkok.

Beberapa tuduhan terhadap Vorayuth telah tamat tempoh sepanjang masa di antara insiden dan waran tangkapnya dikeluarkan, satu tempoh yang melihat pewaris itu terus menjalani gaya hidup mewah dengan penggunaan jet yang sering kali singgah di negara itu.

Semalam, pihak polis Thai menyatakan dakwaan yang lain – termasuk satu bagi pemanduan secara cuai, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga satu dekad – telah turut digugurkan, beberapa tahun sebelum statut pengehadan dijangka akan tamat tempoh.

“Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan semua tuduhan terhadap Vorayuth Yoovidhya... maka dengan itu kes ini telah tamat secara sahnya,” menurut dokumen polis bertarikh 18 Jun di-tandatangani oleh Lt-Jene-ral Thanawut Sanguansook, timbalan komander bagi balai Polis Thonglor.

Pegawai tersebut mengesahkan dokumen sambil menambah “penahanannya telah ditarik balik dan kes ini telah tamat.”

Beliau tidak menjelaskan kenapa kes itu digugurkan.

Seorang jurucakap mah-kamah memberitahu AFP polis telah membatalkan satu Notis Merah Interpol bagi penahanan Yoovidhya dan “mahkamah akan memansuhkan waran tangkapnya”.

Di mana Yoovidhya berada adalah masih belum jelas. Namun dalam beberapa tahun sejak insiden itu, dia telah dirakamkan dalam gambar menjalani kehidupan glamor di London, antara beberapa tempat lain, termasuk dikesan dalam acara parti di Bangkok.

Kesnya, yang melihat seorang pekerja keluarga pada mulanya menerima tuduhan kerana memandu kereta sebelum penelitian media memaksa pihak polis untuk meneliti semula siasatan mereka, menjadi simbolik bagi budaya Thailand untuk bebas dari hukuman.

Pihak Vorayuth dalam keluarga itu telah mewarisi kekayaan yang dibina oleh datuknya Chaleo Yoovidhya, yang turut bersama meng-asaskan jenama Red Bull bersama dengan Dietrich Mateschitz dari Austria pada 1980.

Chaleo meninggal dunia pada Mac 2012, meninggalkan keluarga tersebut dengan kira-kira AS$22 bilion dan mengawal lebih 50 peratus daripada empayar minuman tenaga tersebut, menurut Bloomberg News. — AFP

Advertisement