Anda di sini

AJK PBB, PRS Kakus santuni mangsa kebakaran Rumah Lanting Depong

Advertisement
 Mangsa kebakaran Rumah Lanting mengambil makanan yang disediakan sambil dibantu oleh Rohana (kiri) serta ahli jawatankuasa PBB dan PRS Kakus.
BANTU: Mangsa kebakaran Rumah Lanting mengambil makanan yang disediakan sambil dibantu oleh Rohana (kiri) serta ahli jawatankuasa PBB dan PRS Kakus.

BINTULU: Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.60 Kakus menyantuni mangsa kebakaran Rumah Lanting Depong, Nanga Gun, Ulu Sungai Arip, Selangau kelmarin.

Mereka turut memasak dan menyediakan makanan untuk makan tengah hari di penempatan itu.

Ketua Wanita PBB Kakus Rohana Abdullah berkata, penyediaan masakan tersebut diadakan secara bergotong-royong seawal jam 6 pagi bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan semua harta banda dalam kebakaran yang berlaku pada 18 Julai lalu.

“Kita berharap mangsa kebakaran terbabit bersabar dengan musibah yang menimpa mereka,” ujarnya sambil menjelaskan pihak lain yang turut membantu dalam penyediaan makanan itu ialah ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Tatau.

Selain itu, Setiausaha Sulit Ketua Menteri Edwin Banta dan PBB Cawangan Kakus turut menyumbang kewangan untuk membeli bahan-bahan masakan tersebut.

Edwin juga menyumbang wang tunai RM1,000 kepada penduduk rumah panjang 18 pintu yang terjejas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Kaunselor William Badi kepada Tuai Rumah Lanting Depong.

Hadir sama Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Sanok Magai, Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) merangkap Setiausaha PBB Kakus Kanselor Mathew Belawa Daud dan Exco Wanita PRS Kakus Esther Ansai.

Advertisement