Anda di sini

Peniaga, dua anak mengaku tidak bersalah merusuh di LTAKK

Advertisement
 Akjan tiba di mahkamah ditemani peguamnya.
TIBA: Akjan tiba di mahkamah ditemani peguamnya.

KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan serta dua anaknya dituduh di Mahkamah Majistret di sini selepas merusuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Datu Mohd Akjan Ali Muhammad, Mahathir Mohd Akjan dan Mohd Ghazali Hanif Mohd Akjan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.45 malam di hadapan kaunter udara sebuah syarikat penerbangan di LTAKK.

Peguam PJ Pereira yang mewakili Mohd Akjan, meminta RM500 sebagai wang jaminan dengan dua penjamin tempatan.

Pereira berkata, permohonan ini disebabkan Akjan adalah orang tempatan beralamat di Sabah tambahan pula dia dapat dihubungi pada bila-bila masa dan dia juga seorang ahli perniagaan yang dikenali.

Peguam Farazwin Haxdy yang mewakili Mahathir dan Ghazali juga meminta jumlah ikat jamin lebih rendah.

Akjan dan dua anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan RM1,300 masing-masing dengan dua penjamin.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 5 Ogos depan untuk pengurusan kes.

  • oleh
  • Advertisement