Anda di sini

Empat sahabat dituduh miliki Methamphetamine

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 12 Ogos depan untuk sebutan lanjut kes empat sahabat yang dituduh memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Sementara itu, kesemua tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan tunai masing-masing RM2,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Mohamad Asyraf Mahari, 20; Khairulddin Kassim, 22; Mohammad Alfizul Jama’adil, 28; dan Mohamad Bohari Yaman, 31, kesemuanya dari Kampung Pulau Melayu di sini, didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali

Berdasarkan pertuduhan kes, kesemua tertuduh telah dituduh memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 0.5 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 10.10 malam, 9 Julai lalu di beranda sebuah rumah di  Kampung Pulau Melayu di sini.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hdapan Majistret Leona Dominic Mojiliu, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah turut memerintahkan mereka melapor diri kepada pegawai penyiasat kes dua minggu sekali sehingga kes selesai.

Advertisement