Anda di sini

Anyi Ngau dilantik Pengerusi Lembaga Lada Malaysia 

Advertisement
 
Willie (kanan) menyerahkan surat lantikan Anyi sebagai Pengerusi MPB di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia (MPB) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai, demikian diumumkan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin.

Anyi menggantikan Larry Sng Wei Shien, yang merupakan Ahli Parlimen Julau.

"Pelantikan beliau ini amat signifikan kepada penduduk Sarawak terutamanya pekebun kecil lada memandangkan 98 peratus tanaman lada adalah tertumpu di negeri tersebut," kata Willie pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.

Willie berkata MPB merupakan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang sedang giat mempertingkatkan sektor hiliran dan huluan lada agar ia dapat bergerak seiring dengan permintaan pasaran.

Beliau berharap dengan pelantikan tersebut, hala tuju industri lada negara akan dapat direalisasikan melalui kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Ia diharap memperkasa dan mempromosi tanaman lada ke peringkat yang lebih tinggi, sekali gus mengembalikan kedudukan industri lada negara ke tempat yang lebih baik dan cemerlang," katanya. - Bernama 

Advertisement