Anda di sini

Henderson terpaksa direhatkan kerana kecederaan lutut: Klopp

Advertisement
 Henderson terduduk selepas mengalami kecederaan pada perlawanan EPL pada 8 Julai lalu. — Gambar AFP
MASALAH: Henderson terduduk selepas mengalami kecederaan pada perlawanan EPL pada 8 Julai lalu. — Gambar AFP

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp kelmarin mengesahkan musim kapten Jordan Henderson sudah berakhir disebabkan oleh kecederaan lutut tetapi berkata dia masih dapat menjulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain antarabangsa England itu terpaksa dikeluarkan 10 minit sebelum tamat dalam kemenangan 3-1 pada Rabu lepas ke atas Brighton selepas dia bertembung dengan Yves Bissouma dan pemeriksaan imbasan mendedahkan masalah lutut yang tidak akan mengizinkannya untuk bermain dalam baki empat perlawanan kelab itu.

Namun Klopp yakin ia tidak akan memberi impak pada musim akan datang – dan tidak akan menghalangnya daripada berdiri di atas podium dalam perlawanan terakhir kelab di stadium sendiri bagi meraikan kejayaan menamatkan tempoh  penantian selama 30 tahun tanpa kejuaraan liga utama Inggeris.

“Hendo adalah berita terbaik mungkin bagi segala berita buruk – ia adalah kecederaan lutut tetapi tiada pembedahan diperlukan tetapi dia tidak akan bermain lagi pada peringkat akhir musim ini tetapi saya agak positif bahawa dia akan bermula bersama kita pada musim baharu nanti,” kata Klopp.

Juara EPL Liverpool berada di landasan untuk mencatatkan rekod bagi jumlah mata.

Mereka ada 92 mata, lapan mata kurang berbanding rekod 100 mata yang dikutip oleh Manchester City dua musim lalu.

Klopp, yang bercakap di sidang akhbar bagi perlawanan menentang Burnley semalam, berkata kapten itu tetap akan menjulang piala EPL.

“Ia adalah saat yang dahsyat apabila dia mengalami kecederaan,” katanya. “Anda lihat dia tahu sesuatu telah berlaku yang sepatutnya tidak berlaku. Ia benar-benar membunuh mood.”

Klopp menyifatkan Henderson sebagai “seseorang yang pulih dengan cepat”, dan berkata: “Dia sewajarnya menjulang piala dan dia akan menjulang piala.”

Pemain tengah itu menciap: “Pemulihan saya akan bermula serta-merta dan saya akan bekerja keras untuk kembali kepada kecergasan sepenuhnya dalam masa beberapa minggu sahaja supaya saya bersedia sepenuhnya untuk memulakan musim baharu.

“Sudah tentulah ini bukan cara yang saya suka untuk menamatkan musim pada peringkat peribadi tetapi ia adalah kempen yang menakjubkan.” — AFP

Advertisement