Anda di sini

Ribery janji setia bersama Fiorentina walaupun rumahnya dipecah masuk

Advertisement
RIBERY
RIBERY

ROM: Bekas penyerang Perancis Franck Ribery menjanjikan masa depannya kepada Fiorentina kelmarin walaupun menimbulkan keraguan mengenai pembabitannya dengan kelab itu ekoran kejadian rompakan di rumahnya di Florence pada hujung minggu lepas.

Ribery, 37, yang menyertai kelab Serie A itu dari Bayern Munich pada Ogos lalu, berkata pada Ahad lepas bahawa dia bertanya bagaimana dia dapat rasa selamat di bandar raya itu selepas isterinya kehilangan barangan kemas yang berharga selain barang lain dalam kejadian pecah masuk itu.

Dalam respons kepada paparan Instagram oleh bekas penjaga gol kelab Itali itu, Sebastian Frey, Ribery berkata dia akan kekal di stadium Artemio Franchi.

Frey telah menyatakan Ribery pasti akan memilih untuk tidak meninggalkan kelab.

“Saudaraku, terima kasih banyak-banyak. Anda mengenali saya, anda tahu dari mana saya datang, saya bukan jenis orang yang tidak mengotakan kata. Saya menyebutnya, saya melakukannya. Menggembirakan semua orang bermakna tidak menggembirakan sesiapa,” ulas Ribery.

“Jadi sementara saya menunggu, kasut saya sudah dipasang tali, dan saya mempunyai peminat sebenar kelab, sebuah bandar raya yang bergantung kepada saya. Perkara lain tidak penting. Saya menandatangani kontrak untuk Viola yang sebenar. Viola selama-lamanya,” tambahnya. — AFP

Advertisement