Anda di sini

Substesen baharu selesaikan masalah bekalan elektrik di Daro

Advertisement
 Safiee (depan, dua kiri) bersama                  rombongan ketika mengadakan lawatan ke Substesen Daro baru-baru ini.
TIADA MASALAH LAGI: Safiee (depan, dua kiri) bersama rombongan ketika mengadakan lawatan ke Substesen Daro baru-baru ini.

MUKAH: Penduduk di daerah Daro amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperlu-an kemudahan elektrik di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, pembinaan Substesen Daro daripada peruntukan kerajaan negeri telah menyelesaikan masalah bekalan elektrik bagi kawasan itu.

“Sejak 2019 sehingga sekarang, tiada lagi bekalan elektrik terputus seperti yang dialami hampir setiap hari sebelumnya,” katanya ketika lawatan ke Substesen Sarawak Energy Daro baru-baru ini.

Peruntukan begitu besar iaitu berjumlah RM330 juta itu dibina bagi memberikan jaminan kepada rakyat untuk menikmati kemudahan asas khususnya bekalan elektrik demi kesejahteraan rakyat di kawasan Daro.

Dengan siapnya pembinaan substesen terbabit pada peng-hujung 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada 2019, ia memberi impak positif yang besar kepada warga Daro.

Kapasiti bekalan elek-trik telah dipertingkatkan daripada 33 kilovolt (kv) kepada 132kv yang dapat menampung semua keperluan bekalan elektrik di kawasan itu.

Lawatan berkenaan dilakukan sempena lawatan Naib Presiden Distribution Sarawak Energy Berhad Yusri Safri yang ingin me-lihat sendiri keadaan bekalan elektrik di daerah berkenaan baru-baru ini.

Ketua jabatan serta ketua masyarakat tempatan turut dijemput hadir bagi memberikan maklumat penting itu kepada anak-anak buah masing-masing.

Turut hadir Pengurus Wilayah Kawasan Tengah Distribution Sarawak Energy Berhad Nazry Latif, Pengurus Kanan HSSE Sarawak Energy Berhad Effendy Syaiful Abdullah, Ketua Polis Daerah Matu Daro DSP Neil Beginda serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro Mohd Nor Abdullah.

Advertisement