Anda di sini

Pembelian panik tatkala Melbourne bersiap sedia untuk sekatan baharu

Advertisement

MELBOURNE: Pelanggan di bandar raya kedua terbesar di Australia me-ngosongkan para-para di pasar raya semalam apabila jutaan penduduk di Melbourne bersiap sedia untuk mengalami semula sekatan pergerakan akibat virus, dengan amaran bahawa sekatan baharu boleh me-nimbulkan krisis kesihatan mental.

Lima juta penduduk di-arah duduk di rumah semula selama enam minggu bermula tengah malam semalam selepas lonjakan transmisi komuniti bagi koronavirus membawa lebih 100 kes baharu setiap hari.

Sebanyak 134 jangkitan lagi dikesan dalam tempoh 24 jam – kecil jika dibandingkan dengan puluhan ribu jangkitan di negara teruk terjejas seperti Amerika Syarikat dan Brazil, tetapi dianggap peningkatan yang besar di Australia, yang sebelum ini dianggap berjaya memben-dung COVID-19.

Rangkaian pasar raya terbesar di negara itu, Woolworths, berkata ia telah melaksanakan semula had pembelian ke atas barang termasuk pasta, sayur-sayuran dana gula selepas pelanggan bergegas ke kedai di seluruh negeri Victoria.

Pakar memberi amaran bahawa orang di mana sahaja perlu membiasakan diri dengan “norma baharu” yang melibatkan sekatan dari semasa ke semasa apabila kluster baharu muncul dan surut, manakala kebimba-ngan wujud mengenai impak kepada kesihatan mental dan ekonomi yang akan dibawa oleh langkah itu.

“Walaupun ia menjengkelkan, saya menyokong sekatan pergerakan, tetapi tanya saya lagi selepas enam minggu,” kata penduduk Melbourne, Michael Albert, kepada AFP.

Bendahari Josh Frydenberg berkata sekatan perge-rakan di Melbourne akan menyebabkan ekonomi me-ngalami kerugian sebanyak AUS$1 bilion (AS$3.2 bilion) seminggu, dan memberitahu badan penyiaran awam ABC bahawa beban itu akan “ditanggung oleh perniagaan”.

“Ini bukan situasi yang semua orang inginkan, tetapi ia adalah realiti yang kita mesti hadapi,” kata ketua menteri negeri Daniel Andrews.

Restoran dan kafe akan dihadkan kepada menyediakan makanan bawa pulang, manakala gim, pusat kecantikan dan pawagam akan terpaksa ditutup semula.

Penduduk akan dihadkan kepada rumah mereka kecuali untuk bekerja, bersenam, penjagaan perubatan atau membeli barangan keperluan – kepulangan kepada peng-asingan sosial yang ditarik balik tidak lama yang lalu.

Profesor Michael Kyrios, seorang pakar psikologi klinikal di Universiti Flinders, memberi amaran bahawa Victoria perlu bersiap sedia untuk “krisis kesihatan mental yang akan datang” disebabkan oleh sekatan terbaharu.

“Ini mungkin akan meletakkan sistem penjagaan kesihatan mental dalam situa-si yang berbahaya dengan keupayaan yang sangat terbatas untuk menggerakkan sumber sebagai respons kepada insiden penyakit mental yang meningkat disebabkan oleh krisis COVID-19,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan berkata mereka telah me-ngaitkan kebanyakan kes koronavirus di Melbourne de-ngan hotel di mana penduduk yang kembali dari seberang laut sedang dikuarantin.

Media tempatan melaporkan pengawal keselamatan telah melanggar peraturan kawalan jangkitan – termasuk didakwa mengadakan hubungan seks dengan tetamu yang berada dalam pengasi-ngan – seterusnya mendorong kerajaan untuk menggantikan kontraktor swasta terbabit dengan kakitangan penjara dan melancarkan inkuiri. — AFP

Advertisement