Anda di sini

Pemandu maut, lori tangki jatuh gaung di Tatau

Advertisement
Bomba terpaksa menggunakan jengkaut kontraktor pembinaan jalan raya dalam operasi itu. - Gambar ihsan bomba

TATAU: Seorang lelaki maut apabila lori tangki yang dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter di kawasan Semanok, Jalan Bintulu-Tatau, hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Joshua Suen Kasin, 44. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian sekitar 9.58 pagi.

Jelasnya, apabila tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.

"Pasukan bomba terpaksa menggunakan jengkaut kontraktor pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo bagi mengeluarkan mangsa yang tesepit, yang mana mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluarkan mangsa," jelasnya. 

Katanya, sejurus dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pasukan paramedik.

Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia. 

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat. 

  • oleh
  • Advertisement