Anda di sini

COVID-19: Tiada kes baharu di Sarawak 

Advertisement
Infografik JPBNS
Infografik JPBNS

KUCHING: Tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal sebanyak 573 kes, setakat ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan turut memaklumkan tiada kes baharu yang sembuh dan discaj hari ini. 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang sembuh dan discaj kekal seramai 551 orang atau 96.16 peratus, dengan lima orang masih menerima rawatan di hospital. 

“Hari ini sebanyak 90 kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dengan tujuh kes masih menunggu ujian makmal. 

“Manakala seramai 48 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel hari ini untuk menjalani kuarantin. Ini menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 11 buah hotel adalah seramai 560 orang dengan 18,098 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin,” katanya. 

Mengenai pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, sebanyak 1,955 premis diperiksa hari ini. 

Pemantauan ini melibatkan pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, penjaja, pasar tani/awam, tempat ibadah, tempat riadah, tapak pembinaan dan lain-lain. 

Manakala bagi sekatan jalan raya di bawah Op Benteng pula, enam sekatan dijalankan hari ini di lima daerah iaitu Lundu, Bau, Serian, Sri Aman dan Lubok Antu. 

Daripada enam sekatan tersebut, sebanyak 1,308 buah kenderaan telah diperiksa. 
 

  • oleh
  • Advertisement