Anda di sini

Pengenalan sistem i-Syariah mantapkan Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak

Advertisement
Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada majlis pelancaran i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah
Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada majlis pelancaran i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah
Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada majlis pelancaran i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah
Dr Abdul Rahman merakam kenangan pada majlis pelancaran i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

KUCHING: Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) bakal menjadi agensi pelaksana yang lebih efisien dan efektif dalam memberi perkhidmatan menerusi pengenalan sistem i-Syariah yang dibangunkan oleh Sarawak Information Systems (SAINS).

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sistem tersebut sudah pasti akan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Malah menurutnya, perhubungan antara warga jabatan dan masyarakat akan bertambah erat kerana maklumat lebih mudah diakses selain mesra pengguna.

"Tahniah kepada JKSS kerana menjadi agensi pertama di Malaysia menggunakan sistem pengurusan ini. Semua maklumat akan berada di hujung jari. Dengan pembangunan sistem ICT ini, masalah birokrasi dapat dikurangkan dan aduan tentang perkhidmatan dapat disalurkan secara terus.

"Ianya juga akan membawa banyak manfaat kepada kerajaan Sarawak khususnya dalam mendapatkan data dan maklumat pelanggan," katanya ketika berucap melancarkan i-Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Menteri Muda Bekalan Air itu menjelaskan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting kerana telah memperkasa dan mengubah kehidupan masyarakat melalui pelbagai bentuk penyelesaian kepada keperluan pengguna.

"Di Sarawak, ICT bertindak sebagai pemboleh upaya pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sejak sedekad yang lalu.

"Saya yakin dan percaya, kebergantungan kita kepada pencapaian internet, jalinan dan dan jaringan internet semakin memuncak apabila berlakunya pendemik COVID-19.

“Malahan kita sudah biasa dengan (konsep) work from home, Zoom Meeting, Google Meet, Skype for Business dan pelbagai alat siaraya bagi menyambung perhubungan dan rangkaian ke seluruh negeri Sarawak," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berbangga dengan jabatan tersebut kerana mendapat banyak pengiktirafan dalam sektor awam seperi ISO dan EKSA.

"Selepas ini, sudah pasti jabatan ini akan sibuk melayani agensi-agensi lain yang akan datang melawat untuk melihat pencapaian," jelasnya.

Hadir sama Ketua Hakim Syarie Awang Suhaili Ledi.

  • oleh
  • Advertisement