Anda di sini

Pelampau Perancis dipenjara 30 tahun untuk jenayah di Syria

Advertisement
 Gambar ilustrasi bertarikh 25 Jun lepas menunjukkan Tyler Vilus semasa perbicaraannya di mahkamah di Paris, Perancis. — Gambar AFP
DIHUKUM PENJARA: Gambar ilustrasi bertarikh 25 Jun lepas menunjukkan Tyler Vilus semasa perbicaraannya di mahkamah di Paris, Perancis. — Gambar AFP

PARIS: Sebuah mahkamah di Perancis kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun terhadap seorang pelampau untuk jenayah yang dilakukan di Syria antara tahun 2013-15 termasuk mengawasi pelaksanaan hukuman mati terhadap dua tahanan sebagai seorang pegawai kanan dalam kumpulan ekstremis Daesh (IS).

Tyler Vilus, 30, didapati bersalah bagi semua tuduhan, turut dituduh menganggotai sebuah kumpulan pengganas, mengetuai sebuah kumpulan pejuang IS dan “menyebabkan pembunuhan”.

Pendakwa raya umum Guillaume Michelin pada mulanya meminta mahkamah untuk hukuman seumur hidup, dengan tiada kebarangkalian untuk parol selama 22 tahun.

Michelin menyatakan Vilus “tidak berubah sedikitpun” sejak masa dia bersama de-ngan IS.

“Semua langkah-langkah dalam perjalanan tertuduh telah dikaitkan dengan pembentukan kumpulan,” menurut pendakwa raya, merujuk kepada kawasan yang diperintah oleh Islamis yang ditawan oleh IS pada masa tersebut di Syria dan Iraq.

“Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberikan satu penamat sepenuhnya kepada pertumpahan darah,” beliau memberitahu mahkamah.

Namun hakim prosiding menyatakan beliau mahu memberikan dia “sedikit harapan” supaya dia boleh “berkembang”, walaupun dia mungkin akan dijatuhkan hukuman seumur hidup jika disabitkan bagi semua tuduhan.

Penyiasat mempercayai Vilus adalah sebahagian daripada briged “Al-Muhajireen” (pendatang), sebuah skuad yang menyeksa dan menjalankan hukuman mati segera, yang dia telah nafikan.

Bagaimanapun mahkamah mendapati bahawa Vilus telah mengawasi hukuman mati sebagai seorang anggota polis keagamaan di bahagian utara-timur Syria di pekan Ash Shaddadi, berhampiran dengan sempadan Iraq.

Dalam satu rakaman video pada 2015 yang dikeluarkan oleh jabatan media IS, seorang lelaki dikatakan sebagai Vilus berada dua meter jauhnya semasa dua tahanan dalam keadaan berlutut dan mata mereka ditutup – seorang pejuang pemberontak Free Syrian Army sementara seorang lagi anggota tentera Bashar al-Assad – telah dihukum mati melalui tembakan di kepala.

Penahanan dan perbica-raannya telah dilihat sebagai satu pencapaian utama bagi perkhidmatan keselamatan Perancis, ketika Vilus dianggap sebagai mengenali ramai pelampau Perancis di Syria.

Vilus telah mengakui pernah berhubungan de-ngan lelaki dipercayai oleh pihak perkhidmatan rahsia Perancis sebagai dalang utama untuk serangan pengganas pada November 2015 di Paris, Abdelhamid Abaaoud. — AFP

Advertisement