Anda di sini

Gerempung Menua Tekalit anjur gotong-royong bersih Sg Tekalit

Advertisement
 Antara penduduk yang hadir pada program tersebut.
BERMUAFAKAT: Antara penduduk yang hadir pada program tersebut.

SONG: Gerempung Menua Tekalit melalui jawatankuasa kebersihan sungainya mengadakan program gotong-royong membersih Sungai Tekalit, Nanga Sepayang di sini, Rabu lalu.

Aktiviti itu dilakukan berikutan terdapat beberapa pokok tumbang di seberang Rumah Endah, Nanga Sepayang yang menghalang laluan sungai yang menjadi laluan utama pengangkutan perahu.

Berikutan kejadian ini, pihak Gerempung Menua Tekalit mengambil inisiatif untuk pro-gram gotong-royong itu demi manfaat bersama.

Lebih kurang 100 penduduk setempat menyertai program tersebut.Turut hadir Pemanca Jamit Untam dan Penghulu Vincent Jugah.

Program itu turut mendapat sokongan daripada tuai-tuai rumah dari Sungai Tekalit, kakitangan SK Nanga Nansang, SK Nanga Janan serta penduduk dari 11 rumah panjang di Sungai Tekalit.

Advertisement