Anda di sini

Penghasilan songket, keringkam Sarawak perlu lebih kompetitif

Advertisement
 Nancy (dua kanan) melihat bagaimana kain keringkam dihasilkan semasa mengadakan lawatan ke Galeri Songket dan          Keringkam Sarawak semalam. Turut kelihatan Ting (kiri), Sabariah (dua kiri) dan Abdul Karim (empat kiri). — Gambar Chimon Upon
UNIK: Nancy (dua kanan) melihat bagaimana kain keringkam dihasilkan semasa mengadakan lawatan ke Galeri Songket dan Keringkam Sarawak semalam. Turut kelihatan Ting (kiri), Sabariah (dua kiri) dan Abdul Karim (empat kiri). — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Penghasilan kain songket dan keringkam Sarawak perlu lebih kompetitif menerusi suntikan inovasi serta idea kontemporari agar ia rele-van dengan penggunaan masa kini.

Menteri Pelancongan, Ke-senian dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri berkata kain warisan negeri Sarawak itu masih belum diterokai potensinya.

“Saya mencadangkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak mencipta songket dan keringkam yang boleh dipakai untuk apa sahaja majlis, suatu yang lebih kasual tetapi mengekalkan tradisinya.

“Kita mahu setiap pelancong atau orang yang datang ke Sarawak mesti membawa pulang songket atau keringkam Sarawak. Ia secara tidak langsung mempromosikan pelancongan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan mesra ke Galeri Songket dan Ke-ringkam di sini semalam.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting  dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri  selaku Penasihat Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak Datu Dr Sabariah Putit.

Nancy berkata semua pihak terutama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) perlu lebih agresif mempromosikan songket dan keringkam Sarawak dengan memperkenalkaan tag ‘Bawalah songket dan keringkam pulang’.

Pada masa sama katanya, penglibatan golongan muda dalam penghasilan songket dan keringkam perlu digalak dan dipertingkatkan lagi.

“Penglibatan golongan muda dalam penghasilan songket dan keringkam akan memastikan warisan berharga Sarawak ini terus dimartabat selain mampu bersaing dengan fabrik lain di pasaran.

“Dengan ini generasi akan datang dapat menghasilkan semula warisan ini dengan reka bentuk baharu termasuk corak menggambarkan etnik Sarawak. Hasilkan sesuatu yang lebih sesuai dipakai bila-bila masa seperti tudung,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement