Anda di sini

Pasar raya Emart terbesar kini di Tabuan Jaya

Advertisement
Pasar raya Emart Tabuan Jaya mengadakan jualan pembukaan selama tiga hari sehingga 5 Julai sebagai sebahagian daripada pra pelancaran.
Pasar raya Emart Tabuan Jaya mengadakan jualan pembukaan selama tiga hari sehingga 5 Julai sebagai sebahagian daripada pra pelancaran.
Rangkaian pasar raya Emart kini di Tabuan Jaya selepas pra pelancaran diadakan di sini, hari ini.
Rangkaian pasar raya Emart kini di Tabuan Jaya selepas pra pelancaran diadakan di sini, hari ini.

KUCHING: Pasar raya Emart yang terbesar di Sarawak kini dibuka di Tabuan Jaya di sini, hari ini.

"Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa bagi kita semua di Kumpulan Emart. Kami sangat berterima kasih kepada banyak pihak kerana telah bersama kami dan akhirnya, Emart Tabuan Jaya menerima pelanggan hari ini," kata Pengurus Kanan Emart Kuching, Phang Kang Wai.

Berucap pada majlis pra pelancaran pembukaan premis, Phang berkata, pembukaan pasar raya Emart terbesar di Sarawak itu mampu mewujudkan banyak peluang kepada penduduk berdekatan dan pelanggan di Tabuan Jaya.

"Emart Tabuan Jaya adalah pasar raya berkonsep baharu yang menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggan. Selain menjual pelbagai jenis produk, pasar raya berkonsep baru ini mempunyai bahagian yang menjual sushi, produk roti, ais krim dan ayam goreng," kata Phang.

Pasukan pengurusan Kumpulan Emart dan rakan usahasama memotong reben sebagai simbolik pra pelancaran pasar raya Emart di Tabuan Jaya, hari ini.
Pasukan pengurusan Kumpulan Emart dan rakan usahasama memotong reben sebagai simbolik pra pelancaran pasar raya Emart di Tabuan Jaya, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Emart memberitahu bahawa pelanggan boleh mendaftar dalam talian sama ada untuk mendaftar sebagai ahli atau menyemak mata ganjaran keahlian mereka kerana pasar raya itu kini ke arah digitalisasi.

"Pasar raya Emart telah memulakan perjalanan untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan pengalaman membeli belah kepada pelanggan kami," kata jurucakap pasar raya berkenaan.

Pengurus Besar Kumpulan Emart, Ling Tien Bong menunjukkan demonstrasi bagaimana menggunakan kaunter 'self-checkout' yang disediakan di pasar raya sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan digunakan.

Sebagai sebahagian daripada pra pelancaran mereka, Emart Tabuan Jaya mengadakan jualan pembukaan sehingga 5 Julai.

Pelancaran rasmi dijangka diadakan pada September.

Pasar raya Emart Tabuan Jaya kini dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Menurut jurucakap berkenaan, pasar raya itu beroperasi pada waktu terhad kerana wabak COVID-19 dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja mereka boleh beroperasi semula 24 jam.
 
Advertisement