Anda di sini

KPDNHEP teliti turunkan modal permulaan francais kepada RM50,000

Advertisement
Nanta bercakap pada sidang media selesai Sesi Pocket Talk bersama pemain industri francais di Kuching hari ini. Gambar Roystein Emmor
Nanta bercakap pada sidang media selesai Sesi Pocket Talk bersama pemain industri francais di Kuching hari ini. Gambar Roystein Emmor.

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti bagaimana dapat menurunkan modal permulaan bagi perniagaan francais kepada RM50,000. 

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata modal permulaan bagi perniagaan francais adalah tinggi dan menelan kos sehingga ratusan ribu terutama bagi francais luar negara. 

“Jika kita dapat turunkan modal permulaan francais kepada RM50,000 ia akan dapat membantu golongan muda untuk menyertai bidang keusahawaan menerusi sistem francais. 

“Ini adalah penting dan sebab itu kementerian bekerja keras mengenal pasti apa jenis perniagaan francais yang dapat diusahakan dengan modal permulaan RM50,000,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi ‘Pocket Talk’ anjuran KPDNHEP bersama pemain industri francais Sarawak di Wisma SugarBun di sini, hari ini. 

Tambah Nanta, penurunan modal permulaan perniagaan francais juga penting untuk mewujudkan peluang kepada golongan muda yang mahu menjadi usahawan selain memperkasakan belia luar bandar. 

“Jika kita dapat capai ini, bayangkan berapa ramai orang muda yang dapat dibantu dalam pembukaan perniagaan. 

“Untuk mendapat pekerajaan dalam perkhidmatan awam kini tidak mudah dan kerajaan tidak dapat menanggung jumlah penjawat awam yang ramai. 

“Jadi perniagaan francais adalah cara yang terbaik untuk memujudkan peluang pekerajaan dan membantu rakyat ke arah pembangunan industri kecil dan sederhana,” ujarnya. 

Nanta (depan kiri) pada Sesi Pocket Talk bersama pemain industri francais di Kuching hari ini. Gambar Roystein Emmor
Nanta (depan kiri) pada Sesi Pocket Talk bersama pemain industri francais di Kuching hari ini. Gambar Roystein Emmor.

Bercakap mengenai Sesi ‘Pocket Talk’ tersebut, Nanta berkata ia bertujuan berkongsi maklumat serta mendapatkan maklum balas daripada pemain industri francais di  Sarawak.  

“Input daripada sesi perbincangan ini akan digunakan bagi merangka Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional untuk jangka masa 2021 hingga 2025. 

“Pelan ini akan mengambil kira pandangan semua industri francais dan akan diketengahkan sebagai panduan kita bangunkan industri francais negara,” ujarnya. 

Sementara itu Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata pelan induk ini masih dalam proses mengumpul maklumat dengan pemain industri. 

Pelan ini katanya dijangka dapat dilancarkan sebelum pertengahan tahun depan   dengan fokus utama adalah kepada francais domestik serta menurunkan modal permulaan bagi usahawan muda. 

  • oleh
  • Advertisement