Anda di sini

Kereta terbabit kemalangan hangus terbakar

Advertisement
 Impak kemalangan yang berlaku di Bukit Melinsung Papar, petang, semalam, mengakibatkan salah satu kenderaan terbakar.
TERBAKAR: Impak kemalangan yang berlaku di Bukit Melinsung Papar, petang, semalam, mengakibatkan salah satu kenderaan terbakar.

PAPAR: Sebuah kereta dilaporkan hangus terbakar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bukit Melinsung, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut saksi kejadian, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan sebuah lori tiga tan semasa berada di laluan utama itu yang menghubungkan antara Papar dan Kota Kinabalu.

Menerusi rakaman video netizen yang tular di media sosial, pasukan bomba dan penyelamat dilihat hadir bertugas memadam kebakaran kereta terbabit di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sehingga berita ini dilaporkan pada jam 5.53 petang, belum ada sebarang info lanjut diperolehi berhubung status mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superitendan Batholomew Umpit mengesahkan kemalangan dan kejadian kebakaran kereta terbabit ketika dihubungi Utusan Borneo.

  • oleh
  • Advertisement