Anda di sini

Wanita dilapor hilang dibaham buaya ketika mandi

Advertisement
 

BELURAN: Seorang wanita dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika mandi di Sungai Sugut, Kampung Banang, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, pihaknya telah menerima laporan semalam (Khamis) kira-kira jam 7.25 pagi berhubung kejadian itu.

"Laporan itu dibuat oleh seorang pengurus Ladang Wilmar Sugut, Paitan," katanya.

AUGUSTINE
AUGUSTINE

Beliau berkata, dalam laporan itu mengatakan seorang ibu telah dibaham buaya ketika mandi bersama anaknya di sungai berkenaan pada petang Rabu.

"Pihak kita telah menghantar sepasukan anggota bagi membantu usaha mencari dan menyelamat di lokasi itu," katanya.

Augustine berkata, operasi mencari dan menyelamat kini dijalankan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), penduduk kampung dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

 Pelbagai pihak membantu menurunkan bot bomba ke dalam sungai dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dibaham buaya di Kampung Banang.
SAR: Pelbagai pihak membantu menurunkan bot bomba ke dalam sungai dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dibaham buaya di Kampung Banang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pihak bomba dilaporkan menurunkan bot mereka di Kampung Sungai-Sungai dan perlu bergerak ke muara lebih kurang 30 minit untuk sampai ke Kampung Banang.  

  • oleh
  • Advertisement